HomeUtamaSafrey Sumping kembali beri saingan pada Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Ahad ini

Safrey Sumping kembali beri saingan pada Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Ahad ini

Read Time:1 Minute, 56 Second

Kota Kinabalu : Pelari tempatan, Safrey Sumping kembali memberi saingan pada Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Ke-31 yang akan diadakan di Kundasang, Ahad ini.

Safrey yang sebelum ini berjaya menjuarai kategori Lelaki Elit dua tahun berturut-turut pada 2016 dan 2017 sebelum pertandingan itu dihentikan pada 2018.

Pada edisi kali ini, Safrey akan bersaing dalam kategori Lelaki Veteran bersama pemenang tempat ketiga Lelaki Elit pada 2017, Daved Simpat selain mendapat saingan bersama Sapirin Sumping yang menduduki tempat kelima bagi Lelaki Elit pada 2016.

Selain itu, bagi kategori Lelaki Elit tahun ini, pemenang tempat keempat pada tahun 2017 kategori sama Walter Herman dan keenam pada 2016 turut kembali bersaing pada pertandingan larian kali ini.

Turut bertanding ialah Roger Herman dari Malaysia, yang menduduki tempat ketujuh pada 2016 dan 2017 bagi kategori sama turut memberi saingan kepada peserta lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Julinus Jeffery Jimit berkata, pihaknya menyatakan kegembiraan apabila menerima penyertaan peserta yang luar biasa selepas tujuh tahun pertandingan ini kembali diadakan.

“Kami menerima sambutan yang luar biasa dan saya ingin memaklumkan bahawa peserta yang menyertai larian ini adalah terdiri 17 buah negara termasuk wakil dari Peru, Amerika Syarikat, Great Britain, Sweden, Hungary, Perancis, dan Poland.

“Kami turut berbesar hati untuk mengalu-alukan peserta dari Australia, China, Poland dan Vietnam selain Perancis, Filipina, Indonesia, Brunei Darussalam dan beberapa negara lain,” katanya.

Seramai 206 peserta mewakili 17 negara akam mengambil bahagian dalam Climbathon kali ini.

Seramai 155 daripada jumlah itu ialah peserta Malaysia dengan 83 orang dari Sabah, diikuti 33 peserta dari Selangor dan 13 orang dari Kuala Lumpur, manakala selebihnya dari negeri lain.

Perlumbaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Elit Lelaki (74 peserta), Elit Wanita (60 peserta) dan Lelaki Veteran seramai 72 peserta.

Ketiga-tiga kategori masing-masing menawarkan hadiah wang tunai RM8,000 untuk juara, diikuti RM6,000 (kedua), RM4,000 (ketiga), RM1,000 (keempat), RM900 (kelima), RM800 (keenam), RM700 (ketujuh), RM600 (kelapan), RM500 (kesembilan) dan RM400 (ke-10).

Secara keseluruhan, perlumbaan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM77,700.

Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu dianjurkan setiap tahun sejak 1987, namun dihentikan seketika sejak 2018, sebelum diadakan semula pada tahun ini.

Perlumbaan membabitkan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu sejauh 13.3 kilometer sebelum turun semula dengan jarak yang sama dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut. – SABAH MEDIA / FOTO SRI PELANCONGAN

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular