HomeUtamaTun Juhar terima anugerah Sayap Kehormat VAT 69 Komando PDRM

Tun Juhar terima anugerah Sayap Kehormat VAT 69 Komando PDRM

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini dianugerahkan Sayap Kehormat VAT 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penganugerahan itu disampaikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-71 di Padang Merdeka di sini.

Hadir sama pada istiadat itu ada isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dan beberapa Kabinet Menteri Sabah.

Unit Payung Terjun 69 Komando Pasukan Gerakan Khas telah ditubuhkan pada tahun 1978 dan padan awalnya seramai 65 orang pegawai dan anggota telah dihantar ke Hua Hin Thailang Police Airborne School untuk menjalani kursus payung terjun statik.

 Semenjak itu unit payung terjun 69 Komando terus berkembang dan berjaya melatih serta mengendalikan sendiri kursus serta latihan  melibatkan kepakaran payung terjun statik, para bebas, jump master, para jump Instructor, advance free fall, free fall instructor.

Manakala bagi kepakaran pathfinder, rigger dan checker rigger pegawαi 69 komando dihantar ke pusat latihan peperangan khusus ATM dan luar negara.

Diantara kategori sayap penerjunan adalah sayap penerjunan kehormat PDRM yang dianugerahkan kepada pembesar pembesar negara serta pegawai polis yang memberi sumbangan bakti serta berperanan dalam memajukan payung terjun PDRM.

Sayap penerjunan Kkehormat PDRM ini juga dianugerahkan sebagai manifestasi penghargaan dan penghormatan kepada individu yang berperanan penting dalam memberikan sumbang bakti kepada organisasi PDRM amnya serta 69 Komando secara khususnya.

Lencana Sayap Penerjunan Kehormat ini disematkan pada pakaian rasmi disebelah dada kiri.

Pemakai lencana sayap ini turut melambangkan kemegahan unit payung terjun 69 komando PDRM. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kira-kira 10,000 hadir perbarisan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 TYT Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular