HomeUtamaKira-kira 10,000 hadir perbarisan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 TYT Sabah

Kira-kira 10,000 hadir perbarisan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 TYT Sabah

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kira-kira 10,000 orang termasuk peserta hadir memeriahkan upacara istiadat perbarisan sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Padang Merdeka di sini pagi tadi.

Istiadat perbarisan yang bermula seawal jam 7 pagi itu membabitkan 2,788 peserta perbarisan daripada 82 buah kontinjen terdiri dari pasukan keselamatan termasuk polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar.

Acara bermula dengan Yang di-Pertua Negeri menerima Tabik Hormat Diraja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku serta diiringi tembakan meriam 17 das.

Juhar kemudian memeriksa perbarisan pasukan kontinjen yang mengambil bahagian dengan diiringi Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Dato Noorrul Azril Ariffin.

Pada istiadat itu, Tun Juhar telah dianugerahkan Sayap Kehormat VAT 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Turut diadakan persembahan koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selain persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Hadir sama isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor Apdal dan isteri, Datin Seri Juliah Salag; Timbalan Ketua Menteri, menteri Kabinet negeri, ketua jabatan kerajaan negeri serta Persekutuan.

Sejurus selesai acara perbarisan, majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran menyusul di Istana Negeri bermula jam 10 pagi serta Majlis Makan Malam Negeri di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri (DUN), malam ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Agenda pembangunan Hala Tuju SMJ nampak hasil positif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular