HomeUtamaPremier Sarawak dikurniakan darjah 'Seri Panglima Darjah Kinabalu'

Premier Sarawak dikurniakan darjah ‘Seri Panglima Darjah Kinabalu’

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu:  Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg mendahului empat individu yang menerima darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) sempena ulang tahun rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Abang Johari bersama-sama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) Datuk Kumar Prabakaran menerima darjah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ itu di Istana Seri Kinabalu, hari ini. 

Christina (kiri) dikurniakan SPDK oleh Tun Juhar( kanan). – FOTO Japen Sabah

Istiadat Pengurniaan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang diserikan dengan kehadiran isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Selain pengurniaan PGDK, beberapa Pembantu Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut dikurniakan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Antaranya Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Peto Galim, ADUN Tanjung Kapor, Datuk Ben Chong Chen Bin  dan  ADUN Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin.

Turut menerima PGDK ialah Panglima 5 Briged Kem Lok Kawi , Brigadier Jeneral Datuk Mohd Zamri Abdullah, diikuti Ketua Hakim Syarie Datuk Ahadin Arine, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Leonard Stephen Poyong,  Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Maria Chong dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Josie Lai Mei Sing.

Sementara itu, Tun Juhar turutmengurniakan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) kepada enam individu antaranya  Timbalan Ketua Menteri ,Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedict serta Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Kassim Mansur.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapangan Terbang Tawau bakal hab baharu Air Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular