HomeUtamaKemakmuran, keharmonian sosial dibina atas nilai keadilan - Masidi

Kemakmuran, keharmonian sosial dibina atas nilai keadilan – Masidi

Read Time:51 Second

Ranau: Kejayaan sebenar, atau Al-Falah, bukan hanya diukur melalui pencapaian material tetapi juga melalui perkembangan moral dan rohani masyarakat.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kemakmuran dan keharmonian sosial dibina di atas nilai keadilan, belas kasihan, dan integriti, yang selaras dengan prinsip Malaysia Madani dan aspirasi Sabah Maju Jaya.

“Kejayaan yang kita cari bukan sekadar kemajuan ekonomi, tetapi kejayaan yang lebih mendalam dan menyeluruh yang merangkumi pertumbuhan rohani dan etika.

“Inilah makna sebenar Al-Falah, yang dilihat melalui tema sambutan hari ini, ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Maulidur Rasul daerah Ranau di sini semalam.

Masidi berkata, Ranau sebagai contoh utama bagaimana sesebuah komuniti boleh maju dengan mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan pemupukan nilai moral, perpaduan, dan kelestarian alam sekitar.

Katanya yang turut menekankan kepelbagaian unik daerah ini, di mana komuniti daripada pelbagai etnik hidup dalam harmoni.

Semasa sambutan itu, Masidi turut menyampaikan anugerah Ikon Maulidur Rasul kepada Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Prof. Datuk Dr Ramzah Dambul dan Datuk Amisah Yasin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Kg Pituru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular