HomeUtamaWanita warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Kg Pituru

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Kg Pituru

Read Time:48 Second

KUDAT: Seorang wanita warga emas ditemui rentung selepas kediamannya musnah dalam kebakaran di Kampung Pituru di sini malam tadi.

Seorang wanita warga emas ditemui rentung selepas kediamannya musnah dalam kebakaran di Kg Pituru, Kudat malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.10 malam tadi (6 Okt).

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, Komander Operasi Mohd Najib Jasri melaporkan terdapat satu kebakaran melibatkan sebuah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Turut musnah dalam kebakaran itu sebuah kenderaan perodua kembara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, kebakaran telah dipadamkan oleh orang kampung sebelum ketibaan Pasukan Bomba.

“Namun terdapat seorang mangsa merupakan seorang wanita warga emas berusia 76 tahun ditemui rentung di dilaporkan.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pemeriksaan telah dijalankan di sekitar kawasan terbabit dan memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.25 pagi tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kemalangan jalan raya ragut tiga nyawa di Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular