HomeUtamaKerajaan Dilihat Mempunyai Kesungguhan Kuat Untuk Angkat Isu Taraf Hidup Rakyat

Kerajaan Dilihat Mempunyai Kesungguhan Kuat Untuk Angkat Isu Taraf Hidup Rakyat

Read Time:3 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu — Kerangka Ekononi MADANI yang dibina dan sedang dilaksanakan pada ketika ini menunjukkan kerajaan hari ini mempunyai kesungguhan yang kuat dalam mengangkat taraf hidup rakyat demi masa depan negara yang lebih gemilang.

Meskipun dasar kerajaan ketika ini masih belum mencapai potensi sepenuhnya namun ia sudah mula menunjukkan tanda tanda positif yang diyakini rakyat boleh memacu perkembangan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat pada masa depan.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2024 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober tahun lalu menumpukan kepada dasar atau polisi fiskal erajaan untuk meningkatkan ekonomi domestik bagi mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara empat hingga lima peratus.

Tumpuan kerajaan terhadap ekonomi domestik dengan menyalurkan bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan bantuan menangani kos sara hidup rakyat antaranya melalui penyaluran bantuan tunai yang secara langsung memberi suntikan secara langsung kepada ekonomi domestik kini sudah mula menunjukkan kesan kesan yang sangat positif.

Dari sudut politik gabungan parti kerajaan yang menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan berjaya mengambil semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dari tangan pembangkang sebelum menang besar untuk mempertahankan DUN Mahkota di Johor pada PRK baru baru ini.

Jika diambil kira dari sudut ini bolehlah diterjemahkan bahawa “mood” rakyat berada dalam keadaan baik ketika ini. 

Felo Majlis Prof Negara dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Prof Dr Azmi Hassan percaya usaha kerajaan hari ini akan membuahkan hasil bukan sahaja untuk jangkamasa pendek malah akan sentiasa mengukuh dari masa ke semasa.

Namun katanya, untuk mencapai tahap sedemikian rakyat dan kerajaan harus sama sama beriltizam memastikan pengukuhan ekonomi negara terus berada di landasan yang betul.

“Rakyat mengharapkan impak segera namun dalam masa yang sama mereka juga mengharapkan ia berkekalan sepanjang masa.

“Saya yakin kerajaan ada kesungguhan yang kuat dan mampu melaksanakan agenda pemerkasaan ekonomi rakyat.

“Penilaian saya kerajaan berada pada landasan yang baik …… agenda rakyat dan pengukuhan ekonomi negara sedang berjalan dengan sangat baik.

INISIATIF SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MELALUI BAJET 2024

Beliau berkata, pelbagai insentif untuk seluruh rakyat disalurkan menerusi Belanjawan 2024, malah beliau menyifatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai insentif yang paling memberi manfaat kepada rakyat setakat ini.

“Saluran bantuan ini datang tepat pada masanya, rakyat pada ketika ini memerlukan wang tunai untuk berbelanja (apabila menerima STR) barangan keperluan mereka sebab itu saya lihat STR adalah insentif paling efektif.

“Dalam konteks memperkukuhkan ekonomi pula, apabila rakyat menerima STR maka mereka akan berbelanja sekali gus menjadikan permintaan kepada barangan dan kitaran ekonomi lebih baik dan sihat.

“Justeru untuk jangka masa pendek ini saya berharap tahun ini kerajaan mungkin boleh menambah peruntukan tunai sedia ada untuk melegakan keresahan rakyat selain meneruskan agenda ekonomi demi masa depan negara,” katanya.

Dr Azmi berkata, kenaikan gaji kakitangan awam juga memberi impak yang besar bukan sahaja dikalangan 1.6 juta kakitangan awam malah limpahan itu turut dirasai secara tidak langsung oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Saya percaya tindakan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam kini sedang memberi kesan yang baik terhadap kitaran ekonomi domestik sekaligus membantu merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi.

“Kenaikan gaji kakitangan awam ini akan dituruti diperingkat negeri dan akan mempengaruhi sektor swasta….. secara tidak langsung ia sebenarnya telah meningkatkan pendapat rakyat,”katanya.

Antara lain dasar kerajaan yang telah memberi impak positif terhadap kualiti hidup rakyat melalui Belanjawan 2024 lalu adalah bayaran insentif RM1,000 turut yang turut dinikmati setiap pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Kerajaan turut menetapkan yuran pendaftaran memasuki universiti awam tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024 dan bagi pelajar yang tidak mampu membuat bayaran, mereka tidak akan disekat bagi mendaftar subjek setiap semester.

Kerajaan juga menyediakan RM1.2 billion kepada Golongan Kurang Upaya (OKU) untuk disalurkan melalui pelbagai bentuk bantuan seperti penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Juhar banyak menyumbang kepada Sabah sepanjang tempoh perkhidmatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular