HomeIsu tempatanLebih 200 pelajar, guru meriahkan Hari Sukan Negara

Lebih 200 pelajar, guru meriahkan Hari Sukan Negara

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Lebih 200 pelajar dan guru melibatkan empat buah sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri Sabah 2024.

Sambutan yang berlangsung di Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin.

Selain SM Maktab Sabah, turut menyertai HSN itu termasuklah SM Sanzac; Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya dan SK Tanjung Aru 2.

Raisin ketika berucap berkata, HSN merupakan sebuah gerakan nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sejak tahun 2015.

Katanya, HSN yang diadakan juga mempunyai hasrat ntuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

“Penganjuran HSN khususnya diperingkat sekolah adalah untuk memberikan kesedaran akan kepentingan gaya hidup aktif dan cergas menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.

“Selain itu, HSN juga dapat meningkatkan lagi penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan dan rekreasi seterusnya mempergiatkan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Hadir sama Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Datuk Mohammad Arif.

Raisin berkata, HSN itu juga dapat memperkukuhkan lagi semangat ukhuwah dan integrasi nasional menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.

Katanya, para peserta yang dapat membantu menyuntik sinergi pembangunan ekonomi menerusi pemerkasaan sektor industri sukan dan rekreasi.

Pada sambutan itu, pelbagai program dan aktiviti sukan telah diadakan, antaranya pertandingan permainan dan sukan seperti bola jaring, ping pong, badminton.

Raisin turut berharap para pelajar dapat sama- sama memberi sokongan dengan menyertai program dan aktiviti sukan yang telah disediakan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Jangan pandang rendah keupayaan Pilihan Tawau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular