HomeSukanJangan pandang rendah keupayaan Pilihan Tawau

Jangan pandang rendah keupayaan Pilihan Tawau

Read Time:1 Minute, 36 Second

Tawau :  Sabah FC tidak seharusnya memandang rendah keupayaan pasukan Pilihan Tawau menjelang perlawanan persahabatan di Kompleks Sukan Tawau malam ini.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, ini kerana Sabah FC ingin meletakkan sasaran untuk memenangi perlawanan ini sekali gus memastikan pemain utama mendapatkan minit permainan mereka.

Katanya, Sabah FC berehat agak panjang selepas terlepas peluang untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Super apabila tewas tipis 0-1 di tangan PDRM FC pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), baru-baru ini.

“Sudah tentu perlawanan malam esok (malam ini) sangat menarik kerana ia bakal menjadi persiapan Sabah FC sebelum beraksi menentang Perak FC pada 18 Oktober nanti di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Perak.

“Saya ingatkan semua pemain, kita harus berada dalam tahap yang tinggi di mana Sabah FC ingin mencapai sasaran ditetapkan oleh pihak pengurusan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kim Swee berkata, walaupun menyifatkan malam ini merupakan hanya satu perlawanan persahabatan namun semua pemain dingatkan tidak mengambil sikap sambil lewa berikutan ia penting untuk mendapatkan match fitness kepada semua pemain.

“Kita ingatkan pemain harus bersiap sedia dengan apa jua keadaan.  Apa yang paling penting pemain-pemain kita tidak mendapat sebarang kecederaan malam esok untuk memastikan pemain berada dalam tahap yang cukup baik.

“Tetapi apa yang jauh lebih penting bagi saya adalah ingin melihat daripada segi corak permainan disamping memperbaiki kelemahan sekali gus membentuk keserasian sebelum bermain dengan pasukan Perak FC,” jelas Kim Swee.

Mengulas mengenai penyertaan semula Mohd Syukri Baharun ke Sabah FC beliau berkata, Syukri harus berusaha lebih keras berikutan Sabah FC kini mempunyai ramai pemain di bahagian midfield. 

“Sudah tentu ini akan memberi satu saingan yang cukup baik di dalam pasukan. Sesiapa sekali pun masuk pada musim perpindahan, mereka harus membuktikan keupayaannya.

“Syukri juga perlu menerapkan budaya bekerjasama bukan sahaja di dalam padang tetapi di luar padang bagi memastikan kita dapat keserasian yang lebih baik selepas ini nanti,” kata Kim Swee. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Isu tempatanSukan

Lebih 200 pelajar, guru meriahkan Hari Sukan Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular