HomeUtamaUMS ucap terima kasih kepada Tun Juhar, akan usaha dapatkan BKNS

UMS ucap terima kasih kepada Tun Juhar, akan usaha dapatkan BKNS

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu:  Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengucapkan penghargaan terima kasih atas kesudian Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin yang telah membiayai yuran pendaftaran masuk Crisnanalina Jumis ke universiti itu semalam.

Perkara itu dinyatakan Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor dalam sidang medianya selepas menyambut ketibaan pelajar jurusan perladangan hutan dan perhutanan tani Fakulti Perhutanan Tropika UMS itu bersama keluarganya di Bangunan Canselori di sini.

Kasim berkata, pihaknya juga telah menerima slip bayaran yuran pendaftaran pelajar berkenaan selepas dimaklumkan pihak Istana Seri Kinabalu.

“Kami juga mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada pagi tadi (semalam), sebaik mendengar mengenai berita ini, Tuan Yang Terutama Tun telah menyelesaikan yuran pendaftaran untuk Crisnanalina pada hari ini (semalam).

“Saya juga telah mnerima slip bayaran daripada Istana Seri Kinabalu.  Sekali lagi saya bagi pihak UMS mengucapkan terima kasih banyak kepada Tun selaku Canselor UMS atas keprihantinan dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut dimaklumkan bahawa Tun Juhar juga akan bertemu dengan Crisnanalina secara bersemuka selepas kembali pulang dari ibu negara.

“Saya juga dimaklumkan bahawa sebaik Tuan Yang Terutama Tun balik daripada Kuala Lumpur, Tun akan berjumpa sendiri dengan Crisnanalina secara bersemuka untuk memberi kata-kata semangat dan rangsangan kepada pelajar ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kasim berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) kepada Crisnanalina dalam tempoh terdekat.

“Kita akan usahakan untuk adik Crisnanalina mendapatkan BKNS dan saya sendiri akan bawa Namanya kepada pihak kerajaan negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Op JRS Tawau: Enam individu ditahan, wang tunai RM1.4 juta dirampas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular