HomeUtamaKanak-kanak maut dibaham buaya di Pantai Sinakut, Felda Sahabat

Kanak-kanak maut dibaham buaya di Pantai Sinakut, Felda Sahabat

Read Time:1 Minute, 19 Second

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti mandi manda di Pantai Sinakut Felda Sahabat 16, Desa Kencana pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Denis Rodi berusia 10 tahun itu ditemui telah meninggal dunia dengan kecederaan serius putus kepala dan tangan kanan akibat dibaham buaya tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati kemalangan itu berlaku semasa seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun lima orang rakannya menjalankan aktiviti mandi manda di Pantai Sinakut.

“Semasa mandi mangsa telah disambar dan diseret oleh seekor buaya ke tengah laut Sinakut.

“Usaha mencari dan menyelamat telah dibuat oleh keluarga dan penduduk kampung tetapi tidak berjaya dijumpai, kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Desa Kencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dzulbaharin, seramai empat anggota daripada Balai Desa Kencana bergegas ke tempat kejadian untuk melaksanakan tugas mencari dan menyelamat bersama dengan penduduk kampung.

“Pada jam 9.26 pagi, mangsa telah ditemui 600 meter daripada tempat kejadian dan telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan putus kepala dan tangan sebelah kanan.

“Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.

Sehubungan dengan itu, Dzulbaharin menyeru mana-mana individu telah melihat kejadian ini boleh menghubungi Inspektor Junis Bulansor @ Matius, Ketua Polis Balai, Balai Polis Desa Kencana, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di talian 013-8742128.

Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati semasa menjalankan aktiviti di kawasan yang dikenal pasti terdapat buaya agar tidak membahayakan diri sendiri.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Budayakan etika penyebaran maklumat di media sosial – Nizam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular