HomeIsu tempatanPresiden Persatuan Alumni KTYS terima Darjah Kebesaran P.G.D.K

Presiden Persatuan Alumni KTYS terima Darjah Kebesaran P.G.D.K

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Presiden Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) Mohd Pkhruddin Bian dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran ‘Datuk’ pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Sabah oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Mohd Pkhruddin, 47, antara 87 orang dianugerahkan P.G.D.K sempena sambutan Harijadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 5 Oktober lalu.

Beliau menjawat Presiden Alumni KTYS sejak 2016 selepas persatuan itu didaftarkan secara rasmi dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan sebelum itu merupakan Ahli Jawatankuasa penaja persatuan itu pada 2014.

Dibawah pimpinan beliau, Persatuan Alumni KTYS telah menjalankan beberapa program kebajikan dan rekreasi khususnya membantu golongan yang memerlukan termasuk bekas pelajar kolej itu serta bersama Ahli Majlis Tertinggi menyertai beberapa program yang dilaksanakan oleh Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) membabitkan alumni.

Mohd Pkhruddin merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan Sabah kini KTYS jurusan Diploma Teknologi Binaan Bangunan (1996-1998) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di salah sebuah universiti swasta (2002-2006).

Beliau yang juga Pengarah Kumpulan PKH Group merupakan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Belud, Perwakilan PPK Kota Belud untuk Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah dan Perwakilan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah untuk Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Mohd Pkhruddin juga pernah menjawat Ahli Lembaga Pengarah di beberapa anak syarikat Qhazanah Sabah Berhad.

Pada 2016, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Bintang Setia Kinabalu.

Pada Oktober  tahun lepas, beliau telah menerima Anugerah Ikonik Tahun 2023 pada Istiadat Konvoksyen KTYS Ke-26 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Festival Mayapada angkat mesej keamanan sejagat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular