HomePendapatLaporan Audit Negara Tanpa Teguran, Bukti Kerajaan GRS Serius Urus tadbir Negeri

Laporan Audit Negara Tanpa Teguran, Bukti Kerajaan GRS Serius Urus tadbir Negeri

Read Time:2 Minute, 44 Second

Oleh Muda Mohamad

Prinsip mementingkan perkara yang betul dan benar inilah yang membolehkan Kerajaan Negeri Sabah menjadi antara salah sebuah negeri yang menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 yang telah dikemukakan antara Januari hingga Jun 2024.

Negeri Sabah adalah antara lima negeri yang menerima Pendapat Tanpa Teguran oleh Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 semalam. Negeri-negeri yang menerima Pendapat Tanpa Teguran adalah Johor, Pahang, Perak, Sarawak, dan Sabah. Laporan tersebut berdasarkan keseluruhan 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang telah dikemukakan.

Apabila sesebuah Kerajaan Negeri menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran, ini bermaksud bahawa Ketua Audit Negara berpendapat bahawa penyata kewangan kerajaan negeri tersebut adalah:

  • Betul dan tepat – Mematuhi sepenuhnya piawaian perakaunan.
  • Boleh dipercayai – Tidak terdapat sebarang penyelewengan atau kesalahan besar yang perlu diberi perhatian.
  • Bebas daripada kesalahan material – Tiada kesalahan yang akan memberi kesan ketara terhadap pengambilan keputusan pihak berkepentingan

Penerimaan sijil ini adalah satu pencapaian penting kerana ia menunjukkan bahawa pengurusan kewangan kerajaan negeri adalah teratur dan mematuhi peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan.

Inilah bukti Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mentadbir dengan baik dan berada di landasan yang betul. Laporan Ketua Audit ini adalah pengiktirafan terbaik hasil kerja kerajaan negeri Sabah pimpinan GRS selama ini. Bila pemimpin yang mengamalkan prinsip yang betul dan berintegriti memimpin Kerajaan Negeri Sabah, hasilnya sudah tentulah baik. Ianya dinilai secara merit oleh Jabatan Audit Negara sendiri.

“Apa Yang Betul, Bukan Apa Yang Popular” Begitulah ayat yang diucapkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dalam Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Anti Rasuah (KITA) 2024 semalam. Memang benar, ramai tersilap dan bersangka yang popular itu adalah sesuatu yang betul sedangkan kadang-kadang ianya berlaku sebaliknya. Apa yang betul tidak semestinya sesuatu yang popular.

Misalnya kita pernah mendengar tentang cerita seorang kawan yang baik adalah kawan yang menasihati perkara yang betul. Kawan yang baik tidak akan mengada-ngadakan cerita atau menokok tambah cerita agar ianya hanya sedap didengar semata-mata.

Contohnya, jika seorang kawan yang baik akan berkata “hati-hati ada lubang besar di depan sana, jaga-jaga langkah jangan sampai terjatuh”. Oleh itu, orang yang mendengar nasihat itu akan mengelak dan berhati-hati bila sampai di kawasan lubang yang dimaksudkan itu.

Ada pula golongan yang suka membodek, mengampu dan mengipas hanya akan menceritakan perkara-perkara yang sedap didengar sahaja. Mereka akan menyapu semua benda buruk di bawah karpet bila berhadapan dengan boss mereka. Golongan ini tidak akan bercerita benda yang betul biarpun ada lubang besar di hadapan.

Ada pembodek dan pengampu yang tidak berani membetulkan pemimpin mereka bila pemimpin mereka melakukan kesalahan dan membuat perkara yang bertentangan dengan moral dan agama. Biarpun sudah jelas-jelas pemimpin tersebut melakukan benda yang tidak betul, tetapi tidak siapa pun yang berani tegur. Malah lebih teruk, yang menegur pula disisih dan diketepikan.

Lihat sendirilah kepada hasil dapatan Jabatan Audit Negara, ada mereka yang popular di Tik Tok menjadi pemimpin di negeri lain namun di negeri yang mereka pimpin juga terkena teguran daripada Jabatan Audit Negara. Inilah maksudnya, apa yang betul tidak semestinya bersifat popular. Kerajaan Negeri Sabah kini sudah terbukti terbaik dalam mentadbir, rakyat Sabah perlu terus beri kepercayaan kepada Kerajaan GRS ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular