HomeUtamaMTUC Sabah ucap tahniah RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 lulus Dewan...

MTUC Sabah ucap tahniah RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 lulus Dewan Rakyat

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sabah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang telah berjaya mendapat sokongan penuh ahli Parlimen bagi kelulusan Rang Undang Undang Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat.

Menerusi satu kenyataan hari ini, MTUC turut menghargai sokongan daripada kerajaan Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Hajiji Noor, Jabatan Tenaga Kerja Sabah serta semua organisasi yang terlibat dalam memastikan pindaan ini dilaksanakan.

Pindaan ini amat bermakna kepada lebih 2.06 juta pekerja-pekerja di Sabah dan amat dinanti-nantikan bagi memertabatkan maruah pekerja dan standard pekerjaan di Sabah seiring dengan keperluan semasa.

Selain, waktu bekerja 45 jam seminggu, cuti bersalin 98 hari, larangan diskriminasi, larangan buruh paksa dan gangguan seksual di tempat kerja antara pindaan yang penting bukan hanya kepada semua pekerja tapi juga melihat kepada golongan wanita yang bekerja.

Sementara itu, Pengerusi MTUC Sabah Mohd Airy Arin dalam ucapan singkat beliau mengharapkan pindaan ini dibentangkan di Dewan Negara, diluluskan dan dapat dilaksanakan secepatnya.

“MTUC kekal optimistik dengan pindaan ini ianya akan menaikkan imej Sabah dimata pelabur-pelabur antarabangsa dan hak pekerjaan dapat ditangani dengan baik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri memperuntukan RM50.9 juta subsidi ICPT untuk pengguna elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular