HomeUtamaAplikasi 'Sabah Smart Parking' mula dikuatkuasakan hari ini

Aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ mula dikuatkuasakan hari ini

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Penggunaan aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ (SSP) yang diperkenalkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 8 Ogos lalu kini mula berkuatkuasa sepenuhnya bermula hari ini di seluruh Bandaraya Kota Kinabalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, aplikasi sistem pengurusan tempat letak kereta yang baharu itu adalah bagi menggantikan sistem tempat letak kereta lama iaitu kupon letak kereta.

Katanya, sehingga kini dianggarkan lebih 40,000 pengguna telah memuat turun aplikasi SSP sejak dibuka sebelum ini.

“Pada hari ini adalah satu hari yang dibanggakan khususnya kepada pengguna di sekitar bandaraya Kota Kinabalu kerana kita tidak lagi menggunakan kupon, tetapi kita menggunakan digital aplikasi.

“Ini sebenarnya sudah dinantikan oleh para pengguna, terutama sekali di Kota Kinabalu, ada yang mengatakan bahawa ini susah, tetapi ini sebenarnya mudah, anggota bertugas sentiasa membantu para pengguna untuk menggunakan aplikasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan ‘Sabah Smart Parking’ di sini hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Pengarah Eksekutif, DBKK Holdings Sdn. Bhd. Jimon Jahim.

Abidin berkata, penggunaan aplikasi itu alan dikuat kuasakan penggunaannya di seluruh kawasan Kota Kinabalu kecuali Manggatal dan Telipok.

“SSP ini alan dikuat kuasakan atau dilaksanakan di semua kawasan bandaraya dan mungkin akan dikembangkan lagi di tempat-tempat yang lain seperti di Manggatal dan juga Telipok,” katanya.

Pada masa ini, sejumlah lebih 12,000 jumlah petak tempat letak kereta disediakan DBKK melibatkan 47 kawasan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Terdahulu, ketika berucap Abidin menyeru kepada semua masyakarat bandar raya dan amnya rakyat Sabah serta pengguna dari negeri-negeri lain yang berada di Bandaraya Kota Kinabalu untuk memuat turun dan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam Aplikasi SSP.

“Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Datuk Bandaraya iaitu pelaksanaan Program Pengampunan ‘Jom Bayar Kompaun’ sempena dengan pelancaran Aplikasi Sabah Smart Parking ini juga seharusnya pengguna mengambil peluang untuk membayar tunggakan Kompaun yang masih ada,” katanya.

Aplikasi SSP boleh di muat turun secara percuma menerusi Google Play (Android); Apps Store (iOS) dan AppGalary (Huawei). – SABAH MEDIA  / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas penyebar maklumat palsu – HASiL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular