HomeUtamaSabah bersetuju dengan pelarasan gaji di bawah SSPA

Sabah bersetuju dengan pelarasan gaji di bawah SSPA

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu: Kabinet negeri Sabah telah bersetuju berkenaan pelarasan gaji perkhidmatan awam negeri dalam dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 1 Disember depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada 16 Ogos lalu bahawa SSPA akan menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM).

Katanya, pelarasan gaji kepada seramai 21,228 penjawat awam negeri itu akan dilaksanakan pada 1 Disember (fasa pertama) dan 1 Januari 2026 (fasa kedua) dengan melibatkan peruntukan keseluruhan RM103,020,059.66.

Tambahnya, Kabinet negeri juga bersetuju untuk menyelaraskan kadar gaji pekerja sambilan harian negeri kepada minimum RM1,725 sebulan serta penambahbaikan faedah sedia ada mulai 1 Disember.

Pelarasan gaji untuk 2,116 pekerja sambilan harian akan melibatkan kos sebanyak RM46,096,140.

“Jumlah keseluruhan peruntukan bagi penyelarasan gaji perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian ialah RM149,116,199.66,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hajiji berkata, penyelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri, selain membantu meringankan kos sara hidup harian yang semakin meningkat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas penyebar maklumat palsu – HASiL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular