HomeUtamaTindakan tegas penyebar maklumat palsu - HASiL

Tindakan tegas penyebar maklumat palsu – HASiL

Read Time:1 Minute, 27 Second

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan nama Ketua Pegawai Eksekutif HASiL di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

Ini adalah susulan berhubung maklumat teks yang tular menerusi aplikasi Whatsapp menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.

Menerusi kenyataan media hari ini, HASiL menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.

“Sebagai sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan, HASiL memandang serius terhadap penyalahgunaan nama Ketua Pegawai Eksekutif HASiL di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Secara amnya, sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).

“Tiada sebarang teks menerusi aplikasi Whatsapp boleh dilakukan tanpa kebenaran dan HASiL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” tegasnya.

Sehubungan itu, HASiL turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk teks Whatsapp, emel, pautan yang mencurigakan serta laporkan mesej dan sekat nombor tersebut.

Karanya, sebarang semakan maklumat berkaitan percukaian boleh dibuat menerusi saluran yang sahih seperti berikut:

i. Portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my;
ii. Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my;
iii. HASiL Contact Centre (HCC) di talian 03- 8911 1000; dan
iv. Berkunjung ke pejabat HASiL berhampiran.

“HASiL memandang serius berkenaan isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan (priority) yang tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh HASiL dalam urusan pentadbiran percukaian.

“Oleh yang demikian, HASiL akan terus berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif bagi menangani isu ini,” kata kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

OBS beri ruang golongan wanita cuti bersalin lebih lama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular