HomeUtamaTubuh segera Sekretariat Kekal bendung jumlah pendatang - Masiung

Tubuh segera Sekretariat Kekal bendung jumlah pendatang – Masiung

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Tindakan pragmatik perlu segera dilakukan untuk menubuhkan Sekretariat Kekal bagi membendung jumlah pendatang asing yang semakin bertambah di Sabah.

Kerajaan Sabah dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bergabung tenaga membentuk sekretariat berkenaan yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah yang mencadangkan pembentukan segera badan bertindak itu.

Menurut beliau, laporan RCI mengenai pendatang asing di Sabah pada tahun 2022, pada keseluruhanya terdapat 3.9 juta penduduk Sabah di mana 1.9 juta adalah warga asing yang membentuk kepada empat kategori pendatang.

“Pertama ialah Pendatang Tanpa Izin (PATI), kedua ialah pelarian perang yang memegang kad IMM13 dan Burung-Burung, ketiga ialah rakyat asing tanpa warganegara dan keempat warga asing yang memiliki dokuman tidak sah (IC Projek).

“Saya anggarkan sehingga kini lebih 2 juta pendatang asing yang kini bertapak di Sabah, kerana laporan RCI iaitu 1.9 juta pada tahun 2022 adalah yang telah dibanci, sementara ramai lagi pendatang tidak dapat didaftarkan di seluruh pelusuk negeri ini, “ katanya dalam kenyatan hari ini.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu membuat perbandingan di negeri Sarawak yang merekodkan jumlah penduduk seramai 2.82 juta, cuma terdapat 159 ribu rakyat asing di negeri Bumi Kenyelang itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Masiung berkata, isu pendatang asing di Sabah hanya berlegar pada musim kempen pilihan raya, namun tiada tindakan konkrit dapat menyelesaikan masalah tersebut melainkan wujud pertambahan baharu warga asing di seluruh negeri ini.

Katanya, banyak faktor perlu diperbaiki untuk menengani isu pendatang asing di Sabah, antaranya terdapat 48 lokasi yang menjadi lorong tikus bagi pendatang dari negara jiran Fhilipina dan 17 lokasi daripada Kalimantan.

Menurut Masiung, semua lokasi lorong tikus yang dikenalpasti RCI itu belum diwartakan kerajaan sejak 40 tahun lalu dan ia memberi ruang yang luas kepada pendatang membolosi sempadan untuk masuk ke Sabah.

Selain itu, katanya terdapat lebih 200 pulau-pulau kecil di mana 52 pulau yang terdapat di Pantai Timur mempunyi penghuni. Pulau-Pulau ini seringkali dijadikan transit pendatang sebelum memasuki Sabah. Sampadan laut di Sabah yang luas meliputi 1,700 kilometer juga turut menjadi faktor kebolosan pendatang asing terutama dari Filipina.

“ Saya tidak menyatakan unit penguat kuasa kita tidak menjalankan tugas dengan tulus hingga wujud pembolosan rakyat negara jiran.

“ Tapi apa yang dikhabarkan oleh warga asing berkenaan setelah berjaya memasuki Sabah, mereka perlu membayar sejumlah wang kepada tekong membawa mereka masuk kononya membebaskan mereka dari sekatan pihak berkuasa.

“ Walaupun khabar tersebut kurang jelas, tetapi siasatan terperinci perlu dilakukan, “ tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah terus utamakan Agroforestry

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular