HomePendapatKesediaan kerajaan guna pakai pendekatan baru, bukti komitmen tinggi bantu rakyat secara...

Kesediaan kerajaan guna pakai pendekatan baru, bukti komitmen tinggi bantu rakyat secara lebih berkesan

Read Time:3 Minute, 56 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1. Baru-baru ini, Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan telah di adakan sebagai satu platform bagi membincangkan pandangan, pengalaman serta kepakaran untuk meningkatkan keberkesanan agenda Kerajaan Malaysia membasmi kemiskinan di seluruh negara.

2. Simposium tersebut melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuklah wakil kerajaan, swasta, akademia, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil.

3. Menteri Ekonomi Malaysia telah menegaskan keazaman Kerajaan Malaysia bagi mencari pendekatan terbaik untuk menoktahkan kemiskinan, antara lain merangkumi aspek keperluan pembiayaan dan tatakelola pelaksanaan agenda membasmi kemiskinan.

4. Simposium berkenaan di lihat sebagai merintis hala tuju bagi membasmi kemiskinan tegar dan juga mengalakkan pertumbuhan inklusif, selari dengan kerangka Malaysia MADANI.

5. Oleh itu, simposium tersebut telah mengariskan lima perkara utama:

 memantapkan pemikiran

 mereformasi dana menoktah kemiskinan

 menyepadukan data

 merubah sikap dan pemikiran

 memperkukuh tenggang menoktah kemiskinan

6. Semasa simposium berkenaan, Perdana Menteri Malaysia memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia akan mengguna-pakai konsep Pendapatan Boleh Guna Bersih/ Net Disposable Income (NDI), sebagai asas pengukuran kemiskinan. Konsep NDI di lihat lebih adil serta dapat mengurangkan keciciran di dalam pengkiraan kemiskinan.

7. Tambahan lagi, konsep NDI akan bersifat lebih adil dengan mengambil kira Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), yang merujuk kepada kos keperluan kehidupan bermaruah. 

PAKW meliputi kos makanan, pakaian, tempat tinggal, utiliti dan pengangkutan. 

8. Ketika ini, Kerajaan Malaysia mengguna-pakai Pendapatan Isi Rumah untuk menentukan tahap kemiskinan rakyat Malaysia. Untuk tujuan berkenaan, Kerajaan Malaysia telah menetapkan kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan.

9. Kedua-dua kadar berkenaan di gunakan untuk mengenal-pasti dua tahap kemiskinan negara, iaitu: Miskin Tegar dan Miskin Mutlak. 

10. Fakta menarik. Miskin tegar merujuk kepada situasi di mana pendapatan isi rumah berkenaan tidak mencukupi pun untuk membeli keperluan barangan makanan untuk hidup selesa.

11. Kerajaan Malaysia juga telah menetapkan kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang berbeza untuk setiap negeri dan wilayah di seluruh negara. Kadar berbeza ini turut mengambil kira kos sara hidup berlainan yang di hadapi oleh rakyat, di kawasan bandar dan luar bandar.

12. Sebagai contoh. Kadar PGK Makanan terkini untuk Miskin Tegar yang di tetapkan oleh Kerajaan Malaysia adalah:

13. Majoriti negeri dan wilayah memiliki PGK Makanan yang lebih tinggi daripada PGK Makanan negara, iaitu: Melaka, Pahang, Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak, WP Labuan dan WP Putrajaya.

14. Di samping itu, agak pelik negeri dan wilayah yang lebih membangun dan maju memiliki PGK Makanan yang lebih rendah berbanding negeri dan wilayah yang lain, seperti: Pulau Pinang (RM 1,036), WP Kuala Lumpur (RM 1,109) dan Johor (RM 1,161).

15. Sebagai perbandingan. Terengganu memiliki PGK Makanan tertinggi (RM 1,367), manakala Pulau Pinang memiliki PGK Makanan terendah (RM 1,036). Dalam bahasa mudah, ini menggambarkan rakyat Terengganu memerlukan pendapatan sebanyak RM 331 melebihi rakyat Pulau Pinang untuk kehidupan miskin tegar yang sama.

16. Justeru itu, keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengguna-pakai konsep Pendapatan Boleh Guna Bersih/ Net Disposable Income (NDI) bersama dengan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) adalah bertetapan untuk memperkukuh agenda membasmi kemiskinan negara.

17. Maka, Kerajaan Malaysia mesti menetapkan kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan yang terkini bersandarkan pendekatan konsep NDI dan PAKW.

18. Seterusnya, Kerajaan Malaysia mesti meneliti kedua-dua kadar PGK berkenaan secara berkala dengan mengambil kira kadar inflasi dan kos sara hidup rakyat, agar senantiasa relevan dengan keadaan semasa.

Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Malaysia boleh mengguna-pakai pendekatan serupa untuk penetapan kadar Gaji Minimum negara.

19. Sebagai contoh. Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Akta 732) menetapkan bahawa kadar Gaji Minimum negara mesti di teliti sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun oleh Majlis Perundingan Gaji Negara. Sejak di perkenalkan pada tahun 2012, kadar Gaji Minimum negara telah di teliti dan tingkatkan beberapa kali, dari RM 900 kepada RM 1,500.

20. Secara keseluruhan, pelaksanaan agenda membasmi kemiskinan negara telah mencatatkan hasil bercampur-campur. Pada satu peringkat, data menunjukkan peratusan insiden kemiskinan tegar di seluruh negara telah berjaya di kurangkan. 

21. Malah, pada Februari 2024, Perdana Menteri Malaysia telah memaklumkan bahawa agenda membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka telah mencapai status 100%. Dan pada Ogos 2024, Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa insiden kemiskinan tegar di Sabah telah berjaya di hapuskan. 

22. Sebaliknya, data menunjukkan insiden kemiskinan mutlak di majoriti negeri dan wilayah telah meningkat.

23. Dengan mengubah kepada konsep Pendapatan Boleh Guna Bersih/ Net Disposable Income (NDI) bersama dengan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), kemungkinan besar peratusan insiden kemiskinan akan meningkat. 

24. Peningkatan ini mungkin sukar untuk di terima oleh sesetengah pihak. Dan boleh juga di salah-tafsirkan sebagai kegagalan agenda membasmi kemiskinan kerajaan, terutamanya untuk tujuan politik sempit.

25. Namun begitu, kesediaan kerajaan untuk mengguna-pakai pendekatan baru membuktikan keberanian dan komitmen tinggi untuk membantu rakyat secara lebih berkesan serta inklusif.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Belanjawan Negeri Sabah 2025 “Somo Kerso”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular