HomeUtamaBajet 2025 : Peruntukan naik taraf, selenggara sekolah di seluruh negara di...

Bajet 2025 : Peruntukan naik taraf, selenggara sekolah di seluruh negara di sambut baik

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Sabah menyambut baik Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam khususnya melibatkan projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi Belanjawan itu, kerajaan menyediakan sebanyak RM2 bilion bagi tujuan berkenaan.

Beliau turut berharap agar lebih banyak sekolah-sekolah di Sabah akan mendapat manfaat dari penyaluran Belanjawan 2025 kali ini.

“Saya difahamkan, menerusi peruntukan itu, sebanyak RM1 bilion dikhususkan untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur.

“Manakala RM1 bilion lagi diperuntukkan bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak. Ini semua amat diperlukan untuk kita di Sabah dalam memastikan bidang pendidikan sentiasa terjaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihaknya turut mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi membaik pulih kemudahan kantin dan musolla.

Katanya, sebelum ini Kerajaan telah berjaya melaksanakan baik pulih tandas lebih 8,300 sekolah dalam masa singkat.

“Dipihak Kementerian, kita turut menyokong usaha Kerajaan dalam memperkasa ketersambungan internet di sekolah-sekolah khasnya penyediaan ‘Point of Presence’ (POP) bagi membantu pembelajaran di sekolah dengan peruntukan lebih RM800 juta.

“Selain itu pelaksanaan program ketersambungan infrastruktur jalur lebar talian tetap ke Sekolah-sekolah luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM 100 juta juga amat dialu-alukan.

“Justeru bagi pihak Kerajaan Sabah, saya amat berterima kasih dan menghargai peruntukan yang disalurkan kepada negeri ini terutama dalam bidang pendidikan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Langkah terbaik diambil jadikan pelaburan di Sabah sangat menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular