HomeUtamaBajet Madani 2025 utamakan pembangunan kesejahteraan rakyat Sabah - Norazlinah

Bajet Madani 2025 utamakan pembangunan kesejahteraan rakyat Sabah – Norazlinah

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Pengumuman peruntukan RM6.7 bilion untuk Sabah tahun depan membuktikan kerajaan MADANI di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan keutamaan kepada Negeri Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif berkata, ini secara langsung kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor konsisten mengesa kerajaan persekutuan untuk menuntut hak Sabah yang selayaknya mendapat lebih.

Menurutnya, pengumuman itu memperlihatkan peningkatan sebanyak 0.45 peratus berbanding RM6.67 bilion pada tahun ini.

“Sabah khususnya masih memerlukan kemudahan infrastruktur asas yang baik serta selesa terutama di kawasan luar bandar termasuk di kawasan Kunak.

“Kita yakin dengan pengumuman Bajet Madani 2025 besar ini mencerminkan langkah progresif Kerajaan Perpaduan untuk menyediakan kehidupan yang sejahtera kepada rakyat Sabah tanpa menjejaskan kepentingan negara kesejahteraan ekonomi.

“Secara tidak langsung, diharapkan agar segala permasalahan yang dihadapi rakyat Sabah terutama di kawasan Kunak akan dapat diselesaikan dalam tempoh jangka waktu yang singkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazlinah berkata, dalam pengumuman bajet ini juga Perdana Menteri turut memberi penekanan terhadap sektor pendidikan serta menaik taraf sekolah daif terutama di kawasan luar bandar.

“Sektor pendidikan juga turut menerima peruntukan terbesar dalam menjamin masa depan anak-anak kita dan masa depan negara dalam bidang pendidikan terutama di Sabah.

“Dalam masa sama Perdana Menteri juga turut mengumumkan Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak yang meningkat sekali ganda kepada RM600 juta seiring keperluan merapatkan jurang pembangunan di Malaysia Timur,” jelas Norazlinah.

Menurutnya, di bawah kerajaan perpaduan kadar pemberian khas untuk Sabah yang tidak pernah dikaji sejak 1969 dinaikkan yang membuktikan kesungguhan kerajaan menjamin kesejahteraan.

“Hari ini juga sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu bagi melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah Luar Bandar,” kata Norazlinah.

Beliau berkata, sebanyak 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dengan nilai kontrak RM9.7 bilion. Ini meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat, Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau.

“Pakej Pan Borneo Fasa 1B fasa yang sudh dimulakan melibatkan jalan utama di Kunak, kita sangat yakin Kunak akan mendapat limpahan ekonomi pada masa depan,” tambah Norazlinah.

RELATED ARTICLES
Utama

Langkah terbaik diambil jadikan pelaburan di Sabah sangat menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular