HomeUtamaKerajaan Sabah dicadang turut laksana Kampung Angkat Madani

Kerajaan Sabah dicadang turut laksana Kampung Angkat Madani

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh ERDIE AB WAHID / NORMIMIE DIUN

Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Kerajaan Sabah turut melaksanakan Kampung Angkat Madani di negeri ini.

Beliau meminta Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk mengambil tindakan susulan bagi memilih sebuah kampung sebagai ujian.

“Saya minta kalau boleh Ketua Menteri ambil tindakan susulan pilih satu kampung sebagai ujian, sebaiknya macam saya, saya pilih kampung sendiri, jadi senang.

“Kampung angkat saya, umpamanya saya tengok ada masalah keciciran, dadahpun ada, masalah penggangguan ada dan masalah anak-anak yang nak pergi TVET. Semua kita perhatikan dan minta seorang bantu selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Madani Rakyat di Kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.

Program bermula semalam hingga esok itu dianjurkan menerusi kolaborasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KPMKR) dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar berkata, beliau sendiri menjadikan Kampung Cherok Tok Kun di Pulau Pinang sebagai kampung angkat untuk diberi perhatian dari pelbagai sudut.

Katanya, melalui kaedah itu, pemimpin dapat melihat apa yang berlaku di kampung angkat masing-masing dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi langkah kerajaan melalui program Sejati Madani yang diumumkannya dalam Belanjawan 2025 semalam untuk membantu setiap kampung seluruh negara dengan peruntukan RM1 bilion.

Katanya, langkah baharu itu menyediakan peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada setiap kampung atau rumah panjang bagi melaksanakan projek peningkatan ekonomi kampung masing-masing. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Banyak perkara diusulkan KPDN dapat perhatian dalam Belanjawan Madani 2025 –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular