HomeUtamaPIBG main peranan dalam pembangunan sistem pendidikan

PIBG main peranan dalam pembangunan sistem pendidikan

Read Time:1 Minute, 32 Second

Beaufort : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem pendidikan yang dilihat sebagai satu wadah penyatuan idea antara pihak guru dan ibu bapa.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, persatuan itu juga merupakan platform terbaik yang menjadi ruang interaksi dua hala antara ibu bapa dan guru serta pihak sekolah.

“Sesungguhnya persatuan ini bukan sekadar persatuan biasa yang mudah disebut namanya, biasa didengar orang menyebutnya, tetapi sesungguhnya ia mempunyai peranannya sendiri.

“PIBG yang ditubuhkan di sesebuah sekolah adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.

“Permuafakatan seumpama ini diharapkan mampu membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid di sekolah, selain mempertingkat kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembubaran AJK PIBG Sekolah Menengah Agaman Negeri (SMAN) Beaufort di sini.

Ruslan berkata, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.

Katanya, PIBG merupakan sebuah organisasi yang berwibawa mampu mewujudkan tabung pendidikan kepada para pelajar.

“Tabung tersebut boleh diisi dengan pelbagai inisiatif samada melalui kutipan derma, melalui sumbangan daripada pihak korporat dan individu tertentu malah sumbangan daripada ahli-ahli PIBG sendiri.

“Di sekolah ini telah wujud usaha sedemikian apabila PIBG telah mengusahakan aktiviti pertanian iaitu menanam lada yang bertujuan mengisi dana PIBG.

“Di samping itu PIBG juga berperanan membantu dalam mewujudkan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.

“Dalam hal ini PIBG sekolah ini telah mewujudkan kolaborasi dengan pihak sekolah untuk memberikan hadiah kepada murid-murid yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan SMU pada setiap tahun.

“Pendekatan ini dilihat menjadi motivasi dan pencetus kecemerlangan pelajar-pelajar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Inisiatif ‘Kita Gempur’ perlu kerjasama semua pihak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular