HomeUtamaKerjasama ekonomi UAE, Sabah dipertingkat

Kerjasama ekonomi UAE, Sabah dipertingkat

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berharap kerjasama ekonomi pihaknya dengan Malaysia, khususnya Negeri Sabah akan terus dipertingkat.

Duta Besar UAE ke Malaysia, Dr Mubarak Saeed Al Dhari berkata Sabah mempunyai banyak peluang perniagaan di samping permintaan dalam beberapa sektor tempatan.

“Sabah merupakan lokasi yang penting untuk pelancongan dan perniagaan. Terdapat banyak peluang dan kami turut menerima beberapa pelawaan perniagaan dalam masa yang sama mencari peluang baru dalam mana-mana sektor yang mereka ingin ceburi.

“Kami mempunyai pengalaman yang banyak dan juga syarikat-syarikat dari UAE berminat untuk membina jaringan serta membantu industri pelancongan dan perniagaan.

“Saya berharap dalam masa terdekat ini akan ada peningkatan kerjasama ekonomi dan aktiviti perniagaan di antara UAE dan Malaysia terutamanya Sabah yang memiliki banyak perkara yang tidak ada pada negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

Mubarak berkata, dalam kunjungan tersebut, Tun Juhar turut memberikan nasihat dalam beberapa perkara termasuklah untuk berbincang dengan kerajaan negeri untuk berbincang mengenai peluang perniagaan di Sabah.

Hadir sama beliau dalam sesi kunjungan tersebut Pegawai Perhubungan Awam Kedutaan UAE Malaysia Elhag Hamed Ahmed.

RELATED ARTICLES
Utama

PMR 2024 Sayangi Sabah berjaya capai sasaran pengunjung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular