HomeUtamaPMR 2024 Sayangi Sabah berjaya capai sasaran pengunjung

PMR 2024 Sayangi Sabah berjaya capai sasaran pengunjung

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Sayangi Sabah yang berakhir petang tadi berjaya mencapai sasaran pengunjung melebihi 400,000 orang

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sepanjang program berlangsung, bukan sahaja di Sabah malah di setiap zon seluruh negara, ia telah mendapat respon yang baik dan perlu diteruskan.

“Kalau kita melihat respon itu bukan hanya di Sabah, maklumat yang kita dapat di setiap zon juga terutama di Sabah ini yang mana Kementerian kita menjadi Kementerian penerajunya.

“Sambutan amat luar biasa, ini menggambarkan bahawa masyarakat benar-benar menginginkan program seumpama ini kerana mereka boleh pergi satu tempat dan boleh mendapat maklumat.

“Selain itu, rakyat juga mendapat ‘touch point’ yang ditawarkan oleh semua kementerian dan agensi dalam kerajaan persekutuan tersebut, jadi ia menjadi pusat sehenti walaupun ia dalam bentuk program,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan mesra ke semu reruai jabatan dan agensi Kerajaan yang mengambil bahagian pada program berkenaan.

Armizan berkata, maklum balas daripada masyarakat berkaitan program akan diambil perhatian untuk menambah baik program dianjurkan.

Katanya, ia bagi memastikan segala perkhidmatan khususnya dasar kerajaan serta informasi disediakan sampai kepada rakyat.

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah berjaya bawa banyak perubahan positif dalam ekonomi, aspek pembangunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular