HomeUtamaProgram SejaTi MADANI bantu tingkat sosioekonomi rakyat

Program SejaTi MADANI bantu tingkat sosioekonomi rakyat

Read Time:1 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak tujuh buah kampung di negeri ini telah menerima cek cura (mock-cheque) bagi melaksanakan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).

Penyerahan cek cura itu telah disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis perasmian Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Sayangi Sabah Sabtu lalu di perkarangan Kompleks Sukan Likas di sini.

Antara kampung yang menerima adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Shantung (Kota Kinabalu); JKKK Kampung Air  Ganang (Penampang); JKKK Kampung Raganan (Tuaran); JKKK Kampung Melugus (Papar); JKKK Kampung Kebayau (Sepanggar); JKKK Kampung Baginda Ulu (Keningau) dan JKKK Kampung Napong 2 (Ranau)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan berkata, ia adalah sebagai salah satu langkah bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui pendekatan Community Based Project (CBP).

“Perdana Menteri pada majlis pelancaran PMR 2024 Sayangi Sabah baru-baru ini turut menyerahkan cek cura kepada wakil-wakil penerima Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) selain turut melancarkan Nombor Plat Istimewa (NPI) MADANI untuk tujuan bidaan,” katanya.

Selain penyerahan cek cura bagi program SejaTi MADANI, Armizan berkata, penyampaian surat hak milik tanah individu (Native Title) kepada wakil penerima dari lapan daerah turut diadakan.

Katanya, pengeluaran surat hak milik tanah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Pengukuran Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) melalui bantuan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah.

“Objektif PANTAS antaranya adalah untuk memelihara dan  melindungi kepentingan Anak Negeri Sabah atas tuntutan hak tanah adat dan pemilikan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah,” katanya.

Terdahulu, PMR 2024 yang diadakan selama tiga hari berakhir semalam itu merupakan kolaborasi antara Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai kementerian peneraju dan Kerajaan Negeri Sabah.

Pengisian program melibatkan pembukaan 36 unit reruai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah selain penglibatan sektor swasta.

Antara komponen yang telah disediakan adalah sebanyak 215 perkhidmatan touchpoint rakyat, penglibatan 118 usahawan Jualan MADANI, pameran aset oleh empat agensi kerajaan, 14 majikan di karnival kerjaya, 40 acara sesi libat urus pentas, 20 aktiviti luar, 28 perkhidmatan kos sara hidup dan 18 aktiviti agenda belia.

Kepelbagaian pengisian dan perkhidmatan yang ditawarkan telah berjaya menarik seramai 485,474 orang pengunjung. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Segera laksana bina jalan dua hala dari Batu 16 hingga Batu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular