HomeUtamaJIM Sabah tahan 64 PATI atas pelbagai kesalahan imigresen sekitar Beaufort &...

JIM Sabah tahan 64 PATI atas pelbagai kesalahan imigresen sekitar Beaufort & Sipitang

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah menahan seramai 64 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar daerah Beaufort dan Sipitang awal pagi tadi.

Pengarah JIM Sabah Datuk Sh Saleha Habib Yussof berkata operasi dijalankan pada 21 Oktober (Isnin) itu bermula jam lebih kurang 12.05 pagi dan berakhir pada jam 6.50 pagi.

Katanya, seramai 39 anggota penguat kuasa JIM Sabah terlibat menjalankan operasi di sekitar daerah Beaufort iaitu Tapak Pembinaan Taman Wawasan, manakala daerah Sipitang di Valley Hunters Estate (Sawit), Kampung Pasir Putih (rumah kampung) dan Kampung Tanjung Pagar (rumah kampung).

“Seramai 215 orang telah diperiksa dalam operasi ini. Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 64 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Sh Saleha, PATI yang ditahan kesemuanya adalah warganegara Filipina berumur di antara satu bulan hingga 79 tahun yang terdiri daripada 18 orang lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa dan 29 kanak-kanak.

“Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Kota Kinabalu untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata, semasa serbuan dan pemeriksaan terdapat kejadian warga asing cuba melarikan diri dari anggota operasi tetapi keadaan adalah terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti, mereka yang ditahan tiada dokumen pengenalan diri di bawah Seksyen 6(1)(c).

“Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan memindahkan warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” tegasnya.

Pada sidang media sama, Sh Saleha turut memaklumkan statistik aktiviti penguatkuasaan JIM Sabah sehingga 21 Oktober 2024 iaitu jumlah operasi yang telah dijalankan sebanyak 1275, manakala daripada 25422 jumlah orang yang diperiksa,
seramai 4811 orang telah ditangkap dan 37 majikan telah didakwa.

RELATED ARTICLES
Utama

Segera laksana bina jalan dua hala dari Batu 16 hingga Batu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular