HomeUtamaKes keganasan rumah tangga di Sabah membimbangkan

Kes keganasan rumah tangga di Sabah membimbangkan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Kes keganasan rumah tangga di negeri ini berada pada tahap membimbangkan apabila sebanyak 435 kes berlaku pada tahun lalu berbanding 382 kes pada tahun 2022.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, jumlah itu adalah berdasarkan laporan yang diterima melalui pihak polis.

Katanta, pada tahun ini sahaja sehingga Februari lalu, sebanyak 107 kes telah dilaporkan berlaku di Sabah.

James Ratib

“Justeru, peningkatan angka ini amat membimbangkan saya selaku Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah.

“Saya menyeru agar semua pihak berkaitan terutama JHEWA dapat melaksanakan lebih banyak program kesedaran bagi memberi pendedahan kepada rakyat berkenaan isu keganasan terhadap wanita serta kanak-kanak ini kerana implikasi atau kesan keganasan kepada mangsa amat berat sekali baik dari aspek fizikal mahupun mental mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Program Kesejahteraan Mendepani Keganasan Rumah Tangga “Take A Step Towards Violence Against Women” sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2024 anjuran JHEWA di sini, semalam.

James berkata, bagi menangani isu itu, pihaknya telah memasukkan Program Kesedaran Menangani Keganasan Wanita melalui ‘Program Outreach Santuni Wanita’ seliaan JHEWA.

“Program ini merupakan inisiatif baharu berimpak tinggi sektor modal insan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan hala tuju KPMKR tahun 2021 hingga 2025 dibawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Sehingga tahun ini, Program Outreach Santuni Wanita telah diadakan di 55 buah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan penyertaan lebih 4900 orang peserta.

“Program ini turut menyediakan 16 panel peguam dan enam panel khidmat kaunselor sebagai langkah kepada mangsa atau peserta untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan dan perlindungan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar semua lapisan masyarakat untuk mengambil tanggungjawab bersama dalam memerangi isu keganasan rumah tangga dan menekankan bahawa dengan komitmen dan usaha bersama, persekitaran yang lebih selamat dapat diwujudkan bagi meningkatkan penyertaan rakyat khususnya wanita dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial dan kepimpinan.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pembangunan) KPMKR Walter Kenson, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Moira David @Susan dan Pengarah JHEWA Haslina Ismail.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengurusan, penyelenggaraan sistem pembentungan di KK kini dibawah JPPS

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular