HomeUtamaRonald Minta Kerajaan Persekutuan Telus Mengenai Peruntukan Khas RM600 Juta

Ronald Minta Kerajaan Persekutuan Telus Mengenai Peruntukan Khas RM600 Juta

Read Time:1 Minute, 18 Second

Parlimen —  Rakyat Sabah menyambut baik tambahan peruntukan khas yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, di mana jumlah tersebut meningkat daripada RM200 juta kepada RM600 juta pada tahun 2025. Walaupun ia dianggap sebagai langkah positif, terdapat seruan dari rakyat Sabah untuk memahami formula yang digunakan dalam penentuan peruntukan tersebut.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kaindee berkata walaupun mereka berterima kasih atas usaha kerajaan, rakyat Sabah berhak mengetahui bagaimana angka RM600 juta ini diperolehi. Menurut mereka, “tidak memadai sekadar memberi peruntukan tanpa menjelaskan asas atau formula di sebalik pengiraan tersebut.”

Rakyat Sabah kini semakin sedar tentang hak-hak mereka di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan asas pembentukan negara ini. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 112C yang dibaca bersama Jadual Kesepuluh memperuntukkan bahawa Sabah harus menerima 40% daripada hasil bersih yang dikutip dari negeri itu.

“Jika benar RM600 juta diberikan, ini bermaksud jumlah hasil bersih yang dikutip dari Sabah adalah RM2.4 bilion. Adakah itu jumlah sebenarnya?” tanya Ronald ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini

Ronald juga meminta untuk Kerajaan lebih bersikap terbuka mengenai perkara ini sambil menegaskan bahawa kerajaan harus menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Isu utama yang dibangkitkan ialah peruntukan khas ini berbeza dengan komitmen biasa kerajaan persekutuan di bawah Perkara 109, yang merangkumi semua negeri.

Peruntukan 40% hasil bersih ini adalah khas untuk Sabah, dan Sarawak tidak termasuk dalam skop peruntukan yang sama.

Jadi Kerajaan ada peluang untuk membaiki dan menghormati dan mengotakan  perkara 112, jadual ke sepuluh ini katanya.

Kerajaan kini digesa untuk membaiki dan menghormati hak Sabah di bawah Perkara 112C serta mengembalikan semangat MA63.

RELATED ARTICLES
Utama

Buku Rumah Tradisi Kadayan & Fitrah dalam Novel terima Anugerah Buku...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular