HomeUtamaBelanjawan 2025: Manfaat peruntukan RM2 bilion untuk pendidikan diharap melimpah ke Sabah...

Belanjawan 2025: Manfaat peruntukan RM2 bilion untuk pendidikan diharap melimpah ke Sabah – Arifin

Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Peruntukan RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu diharap manfaat itu melimpah ke negeri Sabah.

Harapan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Beliau turut mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu kerana banyak membantu khususnya dalam bidang pendidikan di Sabah.

“Kita mengalu-alukan apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri telah banyak membantu khususnya dalam bidang pendidikan iaitu untuk sekolah baharu dan pembaikan sekolah-sekolah daif. Saya berharap RM2 bilion untuk seluruh negara itu di Sabah juga dapat manfaat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan Bantuan Cermin Mata bertemakan TPNS – Life In My Eyes di Menara Kinabalu, di sini pada Selasa.

Sehubungan dengan itu, Adifin berkata, beliau telah mengemukakan perkara-perkara yang menjadi keutamaan kepada Menteri Pendidikan.

“Kita sudah berbincang, baru-baru ini, kita ada mesyuarat Exco Pendidikan dengan Menteri Pendidikan sendiri dan kita sudah kemukakan perkara-perkara yang menjadi keutamaan.

“Sebelum ini pun Pengarah Pendidikan Sabah bersama kita untuk mengemukakan dan pihak pendidikan pun sudah mengenalpasti sekolah-sekolah daif yang perlu diberi keutamaan hususnya yang berskala 7 dan berskala 6.

“Kita juga ada kemukakan lebih kurang 10 buah sekolah yang terlibat dengan angin ribut dan rosak sekolah berkenaan. Itu juga saya minta diberi keutamaan.

“Dan keseluruhannya bajet berhubung pendidikan ini sangat baik. Saya harap manfaatnya juga melimpah ke negeri Sabah,” tegas Arifin lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular