HomeUtamaTanah runtuh, pokok tumbang di laluan pendakian Gunung Kinabalu

Tanah runtuh, pokok tumbang di laluan pendakian Gunung Kinabalu

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Satu kejadian tanah runtuh berlaku di laluan pendakian Gunung Kinabalu di kilometer (KM) 3.8 hari ini.

Taman-Taman Sabah (TTS) dalam satu kenyataan berkata, selain tanah runtuh, terdapat juga kejadian pokok tumbang di KM 1.6 dan di KM 0.6.

“Berikutan cuaca hujan, angin kencang dan berkabus yang telah berlarutan di Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu, terdapat beberapa kejadian di sepanjang laluan pendakian Gunung Kinabalu.

“Antaranya di KM3.8 (tanah runtuh) dan KM1.6 dan KM0.6 (pokok tumbang). Sehubungan dengan itu, semua pendaki, malim, porter dan staf yang berada di sekitar laluan pendakian Gunung Kinabalu agar lebih berwaspada sepanjang masa dalam sebarang aktiviti pendakian gunung ke Panalaban,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

TTS menambah, tindakan pemantauan keselamatan dan kerja-kerja penyelenggaraan senantiasa dilakukan dari semasa ke semasa. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan pedalaman dan seluruh kawasan pantai barat hingga ke Kudat dan Beluran.

MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan itu  akan bermula semalam sehingga esok.

Situasi cuaca itu turut diramal akan berlaku di Labuan dan keadaan cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran). – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Utama

Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular