HomeUtamaTaman Perdana Tanjung Aru dibuka dalam masa terdekat

Taman Perdana Tanjung Aru dibuka dalam masa terdekat

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sudah membenarkan Taman Perdana Tanjung Aru di sini dibuka semula selepas ianya ditutup berikutan insiden pengunjung diserang memerang ketika beriadah di taman itu pada awal September lalu.

Datuk Bandar Kita Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pembukaan itu adalah selepas disahkan mamalia berkenaan tidak membawa penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia.

“Kita sudah meminta supaya taman itu dibuka semula kerana kita sudah mendapat pengesahan daripada jabatan yang berkenaan bahawa memerang sebenarnya tidak membawa penyakit.

“Kita takut hari itu ia membawa penyakit, jadi kalau haiwan itu bawa penyakit dan menggigit orang, nanti orang yang kena gigit mungkin boleh mendapat penyakit.

“Namun, setakat ini difahamkan perkara itu tidak berlaku dan kita sudah meminta pengusaha Perdana Park untuk membuka semula taman berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Sabin berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes serangan sekumpulan memerang yang menyebabkan tiga pengunjung taman menjadi mangsa ketika beriadah di Perdana Park, Tanjung Aru pada awal September lalu.

Berikutan insiden itu, DBKK mengarahkan pengurusan taman yang popular sebagai tempat warga bandar raya ini beriadah menutup sementara kawasan berkenaan dan sehingga hari ini ia sudah ditutup lebih sebulan.

Sabin berkata, DBKK sudah mengarahkan pengurusan taman berkenaan membukanya semula namun sehingga kini ia belum dibuka kepada orang awam berikutan terdapat kerja penyelenggaraan.

Dalam pada itu, Sabin berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada memerang berkenaan masih datang atau tidak ke taman berkenaanm.

Namun pihaknya menasihatkan orang ramai tidak mengganggu haiwan liar itu jika terserempak dengannya di mana-mana. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SESB kini dikenali sebagai Sabah Electricity

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular