HomeUtama1,217 pelajar UMS telah menerima tajaan pendidikan BKNS

1,217 pelajar UMS telah menerima tajaan pendidikan BKNS

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Seramai 1,217 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari pelbagai jurusan telah menerima tajaan pendidikan dibawah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, jumlah itu merupakan pelajar universiti yang masih aktif menerima BKNS dan tahun ini seramai 331 pelajar UMS ditawarkan menerima tajaan berkenaan.

“Jumlah yang ditawarkan itu termasuklah pelajar UMS di kampus Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan Kampus Sandakan. Jumlah keseluruhan pelajar UMS yang aktif (di bawah tajaan BKNS) adalah seramai 1217 orang. 

“Pada hari ini seramai 218 orang pelajar hadir dalam Majlis Penyampaian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk diraikan. 

“Oleh yang demikian, Majlis Penyampaian ini diharap dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan tekad dalam pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian BKNS dan  Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri sentiasa prihatian dan memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan bagi menyediakan pemimpin yang bakal mencorakkan masa depan Negeri Sabah.

Justeru itu katanya, Kerajaan Negeri Sabah komited agar tidak ada yang terpinggir daripada menerima pendidikan di negeri ini. 

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan anak-anak Sabah dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui bantuan-bantuan Pendidikan yang di sediakan dari peringkat sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi. 

“Selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk Pembangunan Modal Insan bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Sabah,BKNS telah menawarkan biasiswa penuh kepada anak-anak Sabah yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki warga emas terperangkap dalam lumpur berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular