HomeUtamaPelbagai saluran, platform disediakan bantu rakyat kurang berkemampuan

Pelbagai saluran, platform disediakan bantu rakyat kurang berkemampuan

Read Time:1 Minute, 9 Second

Beaufort : Kerajaan menyediakan pelbagai saluran dan platform bagi membantu rakyat khususnya di negeri ini terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, ia termasuklah dari pihak Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) dan pelbagai saluran lain.

Katanya, diperingkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan khususnya turut menyediakan satu platform iaitu Tabung Amanah Lumadan Sejahtera yang mula beroperasi tahun depan.

“Hari ini (semalam) kita telah menyerahkan kunci rumah kepada saudara Salleh Rajit yang mana rumah ini adalah sumbangan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

“Rumah ini dibina bagi mengganti rumah lama yang musnah akibat kebakaran pada tahun lalu, dimana kita di pihak DUN Lumadan memohon peruntukan melalui YKS atas persetujuan Ketua Menteri bagi pembinaan rumah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan simbolik kunci kepada penerima rumah tersebut di Kg Ulu Lingkungan, di sini semalam.

Majlis penyerahan kunci rumah itu di saksikan Pengarah YKS Dayang Rugayah Awang Besar.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berharap dengan adanya pembinaan rumah itu sudah pasti akan dapat memberikan keselesaan kepada pemilik rumah dan sekaligus dapat merealisasikan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kita sangat berterima kasih di atas bantuan kilat ini untuk memberikan keselesaan kepada pemilik rumah yang merupakan golongan miskin tegar.

“Rumah ini dilaksanakan secara gotong royong antara pemimpin masyarakat dan juga penduduk kampung bagi membantu menyiapkan rumah kepada penerima,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PPS hasrat perkasa wanita muda sebagai pelapis dalam pembuat keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular