HomeUtamaKanak-kanak lelaki maut diserang, digigit sekumpulan anjing liar

Kanak-kanak lelaki maut diserang, digigit sekumpulan anjing liar

Read Time:53 Second

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut akibat diserang dan digigit sekumpulan anjing liar di Kampung Sungai Tohok dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata pada hari ini (4 Nov), pihak polis Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Semporna telah terkesan penularan video di media sosial berdurasi 0.8 saat memaparkan seorang kanak kanak terbaring berbogel berlumuran darah dan terdapat kesan gigitan.

“Berkaitan kejadian tersebut pihak polis IPD Semporna telah pun menerima laporan dan membuka kertas siasatan yang diklasifikasi sebagai kematian mengejut pada Ahad (3 Nov),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Sabri, dalam kejadian tersebut seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia dua tahun tujuh bulan telah maut akibat diserang oleh anjing liar di Kampung Sungai Tohok, Semporna.

“Bedah siasat telah dijalankan pada hari ini di Jabatan Forensik Hospital Besar Tawau,” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau menasihatkan orang awam untuk tidak menyebarkan video bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“Justeru, pihak IPD Semporna akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi anjing liar bagi menjamin keselamatan masyarakat setempat,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Perdana Park masih ditutup atas faktor risiko keselamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular