HomeUtamaPAT platform utama bincang masa depan, hala tuju parti

PAT platform utama bincang masa depan, hala tuju parti

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu: Persidangan Agung Tahunan (PAT) Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) 2024 merupakan platform utama dalam membincangkan masa hadapan serta hala tuju parti.

Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat, Emmie Datuk Martin Idang berkata, setiap ahli diingatkan untuk tidak melupakan dan mengabaikan bahawa wujud kemungkinan PAT tahun ini yang terakhir sebelum memasuki fasa Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan.

 “Oleh yang demikian, pentingnya kita menggunakan ruang dan kesempatan ini untuk kita sama-sama mencari kaedah, hala tuju, ketetapan dan membulatkan tekad kita untuk mengukuhkan perjuangan parti kita ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan dasarnya pada PAT Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Emmie berkata, walaupun Gagasan Rakyat bukan parti yang mempunyai sejarah berdekad Panjang namun ianya tidak bermakna parti ini tidak komited untuk merubah suasana politik di negeri ini.

“Jika kita perhati arus semasa politik di Sabah ini, saya yakin kita semua dapat merasakan kembalinya politik yang berteraskan ‘Local Party’.

“Saya kira, dalam banyak pertemuan kita dengan rakyat Sabah sendiri sekali pun arus ‘Suara dan Nada Tempatan’ ini cukup kuat dan bergema di segenap peringkat, senada dengan semangat ‘GEMA Beliawanis’ yang kita pasakkan di dalam setiap langkah kita,” katanya.

Tambah Emmie, atas landasan perubahan dan sifat dinamik itulah yang melahirkan Gagasan Rakyat, sebuah parti yang relatifnya baru dan berusia muda tapi mampu menjadi lebih tangkas dan komited.

“Kita perlu buktikan kepada masyarakat bahawa baru dan mudanya usia kita kita itu bukan bermakna kita lemah dan tidak matang.

“Kita juga perlu buktikan bahawa walaupun secara teknikalnya baru, tetapi parti kita diterajui dan dinahkoda oleh kalangan pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan, kematangan, ketenangan, kesungguhan dan komited untuk membantu rakyat Sabah.

“Kita di Pergerakan Beliawanis harus cukup berbangga dan yakin, bahawa pimpinan utama kita khususnya Presiden, Datuk Seri Hajiji Noor dan rakan-rakan pimpinan tertinggi telah memimpin kita dan negeri Sabah keseluruhannya dengan cukup tenang dan penuh kebijaksanaan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : LTT kekal sebagai lapangan terbang domestik selepas siap...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular