HomeUtamaTender Projek Naik Taraf Jalan Lok Kawi bernilai RM67 juta dibuka Jan...

Tender Projek Naik Taraf Jalan Lok Kawi bernilai RM67 juta dibuka Jan 2025

Read Time:1 Minute, 49 Second

PAPAR: Kerajaan akan melaksanakan Projek Naik Taraf Jalan Lok Kawi sepanjang 1.3 kilometer dari Bulatan Sabindo ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut dalam masa terdekat.

Kos keseluruhan projek bernilai RM67 juta itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) menyatakan komitmennya untuk membuka pengiklanan tender selewat-lewatnya pada bulan Januari 2025.

Perkara itu diumumkan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali ketika meninjau Lokasi projek berkenaan dan menyatakan bahawa peruntukan RM67 juta untuk projek ini merangkumi pelbagai aspek seperti pengambilan tanah, naik taraf jalan tunggal dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong dua hala (K2-2) sepanjang 1.3 km mengikut piawaian R5, pembinaan jejantas pejalan kaki, sistem perparitan, serta pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat.

Tambahnya Projek ini juga melibatkan naik taraf dua persimpangan, kerja geoteknik, pemasangan perabot jalan, kawalan alam sekitar, penyelenggaraan, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja (OSHA), pembinaan dua perhentian bas yang juga berfungsi sebagai perlindungan motosikal, serta pengalihan utiliti,” jelasnya dalam sidang media selepas meninjau projek berkenaan.

Armizan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, turut menyatakan bahawa projek ini dijangka bermula tiga hingga empat bulan selepas proses penilaian tender selesai dan turut menggesa agar KKR memuktamadkan reka bentuk secepat mungkin seterusnya membuka tender pada Disember ini, meskipun KKR telah menetapkan komitmen selewat-lewatnya pada Januari 2025.

“Proses penilaian tender ini mungkin memakan masa tiga hingga empat bulan, jadi diharap pada bulan April atau selewat-lewatnya Mei, kontraktor sudah boleh memulakan kerja. Projek ini disasarkan untuk siap dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Selain itu, Armizan menjelaskan bahawa pelantikan perunding dan kontraktor akan dilakukan secara tender terbuka, dengan penilaian oleh Lembaga Penilaian Perolehan bagi memastikan pemilihan kontraktor terbaik,” katanya

Turut hadir dalam sidang media ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha KKR, Datuk Zahrul Hakim Abdullah, Pegawai Daerah Papar, Muhammad Mohd Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim, serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat Limbahau Datuk Jhonny Mositun.

Projek ini adalah salah satu daripada dua projek jalan raya yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa Program Semarak Perpaduan di Parlimen Papar pada 31 Mei 2023.

Projek ini bertujuan mengatasi isu kesesakan lalu lintas di kawasan Papar yang sejak sekian lama menjadi masalah kepada pengguna yang melalui jalan tersebut.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular