HomeUtamaHala tuju SMJ 1.0 berjaya ubah, baiki prestasi ekonomi Sabah

Hala tuju SMJ 1.0 berjaya ubah, baiki prestasi ekonomi Sabah

Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 berjaya merubah dan memperbaiki prestasi ekonomi Sabah yang sebelum ini jatuh merudum akibat Pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan GRS telah mengadaptasikan konsep politik pembangunan melalui suatu dasar yang realistik dan pragmatik, sesuai dengan kehendak dan keperluan negeri Sabah.

“Pendekatan mesra pelabur yang kita ambil, telah berjaya menarik masuk beberapa syarikat besar ke negeri ini, dimana pada tahun lalu sahaja nilai pelaburan yang tercatat berjumlah RM11.34 bilion, merupakan yang ketujuh tertinggi dalam negara. 

“Serentak dengan itu, hasil negeri turut meningkat naik pada tahun yang sama yang mencecah RM7 bilion, merupakan yang tertinggi dalam sejarah. Selain itu, kita juga berupaya meningkatkan peratus pertumbuhan ekonomi negeri dengan unjuran 4.5 hingga lima peratus pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, semua itu dapat dicapai kerana Kerajaan kini mempunyai iltizam politik yang tinggi. 

“Pertama, untuk mewujudkan kestabilan politik. Kedua, untuk memulihkan semula ekonomi negeri. Ketiga, bekerja keras untuk memantapkan sistem penyampaian dalam sektor awam; termasuk memantapkan hubungan baik dengan sektor swasta, dan keempat, menjaga dan memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan. 

“Keempat-empat pendekatan ini telah berhasil membawa negeri ini kembali ke landasan yang tepat, dan kita berharap rakyat akan terus memberikan mandat kepada kita pada pilihan raya akan datang, kerana agenda besar pembangunan seperti yang terkandung di dalam Hala Tuju SMJ masih banyak yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri akan terus menerokai sumber-sumber baharu untuk menyokong sumber ekonomi sedia ada agar pertumbuhan ekonomi negeri ini dapat terus dipertingkatkan dari tahun ke tahun. 

Katanya, pada masa sama, pelan pembangunan juga akan dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.

“Untuk itu, Kerajaan Negeri bertekad menerokai potensi  Ekonomi  Biru iaitu  sumber  baharu  dalam  pembangunan ekonomi negeri melalui penerokaan khazanah laut yang berpotensi tinggi untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui, serta lain-lain produk industri yang boleh diperolehi daripadanya. 

“Kedudukan Sabah yang luarbiasa strategik; dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes, sangat sesuai untuk penerokaan dan pembangunan Ekonomi Biru yang disebut-sebut akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini untuk beberapa dekad mendatang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KKIP Power bayar dividen RM3.14 juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular