HomeUtamaKuota 30 peratus golongan wanita perlu dipenuhi sepenuhnya -Redonah

Kuota 30 peratus golongan wanita perlu dipenuhi sepenuhnya -Redonah

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mahu kuota 30 peratus golongan wanita dalam membuat keputusan di peringkat tertinggi khususnya di negeri ini dapat dipenuhi dan dicapai sepenuhnya.

Ketuanya Datuk Redonah Bahanda berkata, pihaknya percaya kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sangat menghargai golongan wanita.

“Saya percaya di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah yang juga presiden parti sangat menghargai kaum wanita apabila beliau banyak membuka ruang kepada kaum wanita untuk memegang jawatan di peringkat tertinggi.  

“Dan kita berharap bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa sehingga kuota 30 peratus atau lebih dapat dicapai.  Jadi sudah pasti kalau kaum wanita mahukan agenda kuota 30 peratus ini tercapai maka kita perlu pastikan parti ini terus memerintah dan Datuk Seri Hajiji kekal memegang tampuk pemerintahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan usul pergerakan wanita pada Perhimpunan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)  di sini hari ini.

Dalam pada itu, Redonah turut melahirkan kebimbangan berhubung isu kebanjiran peniaga warga asing di Sabah yang pada mulanya datang ke negeri oni untuk melawat tetapi kemudian menjalankan perniagaan sehingga mewujudkan persaingan yang tidak sihat.

” Justeru kami berharap agar pihak Kerajaan negeri melalui agensi-agensi penguatkuasa untuk memperketatkan lagi pengawasan dan kawalan undang-undang.

“Seluruh wanita Gagasan Rakyat juga ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ketua Menteri di atas pemberian RM300 kepada setiap mahasiswa yang belajar di Sabah secara one-off dan banyak lagi bantuan-bantuan kepada anak-anak kita yang telah diberikan oleh Kerajaan Sabah seperti BUDI, BAKTI, TPNS, BALKIS dan banyak lagi.  

“Ini telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak berkompromi dengan isu-isu Pendidikan dan ini menjadi agenda utama Pembangunan Negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KKIP Power bayar dividen RM3.14 juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular