HomeUtamaHampir RM1 juta nilai ubat musnah di Hospital Papar

Hampir RM1 juta nilai ubat musnah di Hospital Papar

Read Time:55 Second

Papar : Hampir RM1 juta nilai ubat-ubatan musnah akibat kebakaran stor farmasi Hospital Papar, malam tadi.

Bagaimanapun, Exco Kesihatan Sabah Datuk James Ratib berkata, masih terdapat stok ubat yang disimpan di stor farmasi harian yang digunakan setiap hari.

“Hari ini (semalam) kita melawat Hospital Papar bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam untuk melihat kejadian kebakaran di sini.

“Kita lihat kebakaran ni hanya melibatkan stor penyimpanan stok ubat yang dianggarkan hampir RM1 juta nilai stok ubat untuk hospital ini.

“Bagaimanapun, untuk ubat-ubatan harian, kita ada stok daripada stor harian yang mereka gunakan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan kebakaran di Hospital Papar di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Hospital Papar, Dr Samsul Tuah.

James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, pihaknya juga menyarankan untuk orang ramai yang mengalami kekurangan bekalan ubat untuk datang ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1.

“Saya menyarankan kepada mereka sekiranya mereka kekurangan ubat, mereka boleh minta dengan HQE atau pinjam ubat daripada HQE 1 untuk menampung keperluan ubat yang kritikal di kawasan ini khususnya di hospital Papar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Banyak pengisian baharu yang menarik sempena Regatta Lepa ke-29

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular