HomeUtamaDUN Sabah : 21,504 penerima SBAM terima manfaat, bantu ringankan kos rawatan

DUN Sabah : 21,504 penerima SBAM terima manfaat, bantu ringankan kos rawatan

Read Time:57 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Seramai 21,504 penerima dari golongan B40 di negeri ini telah menerima manfaat menerusi Skim Bantuan Am (SBAM) yang disediakan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, pemberian bantuan itu adalah untuk meringankan beban pesakit termasuklah kos membayar rawatan hemodialisis.

“Kementerian saya melalui JPKA Sabah ada menyediakan SBAM yang boleh dipohon oleh pesakit buah pinggang di bawah kategori B40 yang layak.

“Pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban pesakit termasuklah kos membayar rawatan hemodialisis mereka. Sehingga November ini, JPKA merekodkan seramai 21,504 penerima SBAM dengan jumlah perbelanjaan sebanyak lebih RM 4.7 juta dan 732 orang penerima adalah penghidap sakit buah pinggang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dumi Pg. Masdal [Silam-Warisan] di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

James berkata, setakat bulan lalu, Sabah merekodkan 2,182 pesakit Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir (End-stage Renal Failure – ESRF).

Katanya, daripada jumlah itu, 1,385 pesakit menjalani rawatan Hemodialisis manakala 797 pesakit menjalani rawatan Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis – CAPD). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Timor Leste hasrat  erat hubungan perdagangan dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular