Kota Kinabalu : Perlawanan kedua bagi aksi Pusingan 16 Piala Malaysia melibatkan Sabah FC bertemu PT Athtelic FC akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 27 November ini.
Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid berkata, Stadium Likas tidak dapat digunakan pada tarikh berkenaan kerana menjadi venue bagi South East Asean (SEA) Youth Athletic Championship 2024.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini
“Tiket fizikal akan mula dijual semasa hari perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras bermula 12 tengahari manakala semua pas bermusim boleh digunakan di pintu utama stadium.
“Perlawanan akan bermula pada pukul 8.30 malam dan Sabah FC memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” katanya.
Beliau juga berharap agar semua penyokong setia yang berada di Semenanjung Malaysia khususnya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dapat hadir bersama-sama memberikan sokongan padu kepada skuad badak. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC