HomeUtamaDUN Sabah: Data dikunci Program Membasmi Kemiskinan dan Miskin Tegar Fasa ll...

DUN Sabah: Data dikunci Program Membasmi Kemiskinan dan Miskin Tegar Fasa ll 2025 akan diumum dalam tempoh terdekat

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mengumumkan data dikunci untuk Program Membasmi Kemiskinan dan Miskin Tegar Fasa II bagi Tahun 2025 dalam tempoh yang terdekat.

Terdahulu inisiatif kerajaan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 telah berjaya disifarkan pada 31 Julai 2024 yang lalu.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar Fasa Dua Tahun 2025, ia memfokuskan kepada enam teras utama iaitu
penambahbaikan pemberian rumah mampu milik, peningkatan jenis bantuan pendidikan dan latihan kemahiran, bantuan tunai bersasar, peningkatan ekonomi sara hidup, penambahbaikan program bantuan kebajikan; dan
peluang pekerjaan.

“Dalam masa yang sama, kerajaan negeri melalui Inisiatif Ekonomi Biru juga akan membuka ruang dan peluang ekonomi serta pekerjaan kepada rakyat di Sabah terutamanya golongan miskin dan miskin tegar.

“Kerajaan negeri akan mengumumkan data dikunci untuk Program Membasmi Kemiskinan dan Miskin Tegar Fasa II bagi Tahun 2025 dalam tempoh yang terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid Datuk Jonnybone J.Kurum pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan terus komited menjalinkan kerjasama erat di dalam agenda pembasmian kemiskinan di Sabah terutamanya miskin tegar seperti yang telah ditunjukkan dalam Program Fasa Satu Tahun 2024 sebelum ini.

“Usaha ini adalah sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0: 2021-2025 Sektor M: Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat dalam usaha pembasmian kemiskinan dan miskin tegar di Sabah,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah: Keperluan Mewujudkan Lembaga Padi dan Benih Baharu di Sabah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular