HomeUtamaKerugian akibat scam berjumlah RM275.68 juta setakat September 2024 - Sabin

Kerugian akibat scam berjumlah RM275.68 juta setakat September 2024 – Sabin

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 52,836 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM275.68 juta setakat September lalu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pusat itu juga telah menerima sebanyak 131, 036 jumlah panggilan daripada orang ramai.

“bilangan kes yang direkodkan bagi jenayah dalam talian dari Januari sehingga 22 Oktober lalu, di Kota Kinabalu sahaja terdapat sebanyak 486 kes dilaporkan dengan catatan kerugian sebanyak RM13.9 juta.

“Statistik ini sememangnya membimbangkan, kerana ia melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit. Masalah scam ini bukan sekadar isu ekonomi tetapi juga isu sosial. Masalah penipuan atau scam ini mengakibatkan kita dimanipulasi oleh sesetengah pihak, memecah belahkan keluarga, serta mencetuskan rasa tidak selamat dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pencegahan Jenayah Kewangan dan Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Dalam Talian (Online Scam) di sini semalam.

Sabin berkata, penjawat awam, warga emas, pesara, golongan pelajar dan juga belia turut terpedaya dan menjadi mangsa kepada jenayah siber ini.

Katanya, semua pihak perlu bertindak segera dan ianya adalah tanggungjawab bersama dalam mendidik masyarakat untuk peka tentang kesan akibat kes penipuan jenayah kewangan ini.

“Saya juga menyeru semua pihak untuk mengambil inisiatif melindungi komuniti kita. Mulakan dengan langkah kecil, seperti menyebarkan informasi melalui media sosial dengan mempromosikan talian pantas NSRC iaitu talian 997.

“Talian ini adalah bagi mangsa scam untuk membuat laporan yang melibatkan jenayah penipuan atas talian. Sebaik sahaja aduan mangsa diterima, pihak NSRC yang dibantu oleh institusi kewangan mampu untuk mengesan jejak kewangan mangsa.

“Selain itu juga, kita hendaklah sentiasa membantu mendidik masyarakat kita untuk sentiasa berjaga-jaga melalui program kesedaran yang dianjurkan pada hari ini. Mari kita ingatkan juga diri kita dan orang tersayang untuk tidak berkongsi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali, tidak kira betapa meyakinkan mereka,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Edward Linggu dipilih sebagai Senator Dewan Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular