HomeUtamaADUN Sabah Didakwa Tumbuk Bahu ADUN Wanita Negeri Sabah

ADUN Sabah Didakwa Tumbuk Bahu ADUN Wanita Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mendakwa dirinya ditumbuk oleh seorang ADUN dari Parti Warisan (WARISAN) di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Rabu lalu.

Pengadu yang juga seorang ADUN wanita berkata, insiden itu berlaku sekitar jam 8 malam ketika beliau sedang berjalan menuju pintu utama lobi DUN sebaik selesai sesi penggulungan Kementerian.

Berikutan itu, beliau tampil membuat laporan polis semalam dan menyatakan ADUN lelaki terbabit secara tiba-tiba bertindak menumbuk bahu kanannya sehingga menyebabkan beliau terpusing dan terundur.

“Ekoran dari tumbukan tersebut, badan saya terpusing dan terundur dan saya terus memanggil beliau namun beliau hanya terus ke arah dewan tanpa memandang atau menoleh ke saya.

“Ekoran daripada tumbukan beliau yang agak kuat itu, bahu saya dan lengan saya merasan sakit yang berlarutan hingga hari ini.  Kejadian tersebut juga kebetulan telah dirakam oleh salah seorang pegawai saya yang kebetulan sedang merakam saya sedang berjalan bersama Datuk Flovia ke arah pintu utama DUN Sabah,” menurutnya dalam laporan polis itu di sini.

Bagaimanapun, ADUN wanita berkenaan telah memaafkan ADUN lelaki berkenaan dan berharap agar budaya gurauan kasar tidak menjadi amalan.

“Insiden ditumbuk dibahu. Laporan polis dan pemeriksaan pakar selesai. Saya dan suami memaafkan. Moga budaya gurauan kasar dan tidak menjaga adab sesama bukan muhrim tidak menjadi amalan kita. Mari kita jadikan insiden ini sebagai iktibar,” katanya menerusi Facebook ADUN wanita berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial turut memberi reaksi di ruang komen Facebook ADUN wanita berkenaan yang memuji tindakan beliau membuat laporan polis selain memaafkan ADUN lelaki terbabit.

Antaranya sepeti Said Ibrahim Mohamad yang berkata ‘Bergurau ada batas ba.. ngam la d buat laporan polis’.

“Hidup perlu beradap ..lebih² lagi terhadap wanita ..teruskan kak yb,” kata pengguna Facebook Kualiti Alam Hijau Sabah.

Turut memberi reaksi Rose Hj Arde II yang menyatakan “Tindakan yg betul semoga Jadi pengajaran kepada orang di luar sana”.

RELATED ARTICLES
Utama

Semangat kekeluargaan lahirkan masyarakat harmoni, sejahtera

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular