HomePendapatLarge Scale Solar Menawarkan ‘Value for Money’ untuk Bekalan Elektrik Sabah

Large Scale Solar Menawarkan ‘Value for Money’ untuk Bekalan Elektrik Sabah

Read Time:8 Minute, 21 Second

Pada bulan September 2023, Ketua Menteri Sabah telah melancarkan Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040). Ianya mengariskan agenda Kerajaan Sabah untuk menyelesaikan isu bekalan elektrik yang telah lama menghantui rakyat Sabah, dari generasi ke generasi.

SE-RAMP 2040 di rangka bagi penyelesaikan isu bekalan elektrik di Sabah secara mampan dan win-win kepada semua pihak berkepentingan. Tiga matlamat utama ialah: meningkatkan keterjaminan bekalan elektrik; menyediakan akses saksama dan menyeluruh pada harga mampu milik; melindungi kelestarian alam sekitar.

Sejak pelancaran SE-RAMP 2040 itu, beberapa inisiatif utama telah di umumkan dan di laksanakan.

Pada bulan Januari 2024, kuasa kawal selia tenaga di Sabah telah di pindahkan dari Suruhanjaya Tenaga (ST) di Putrajaya kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah/ Energy Commission of Sabah (ECoS). Ini merupakan salah satu daripada hasil persetujuan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pada bulan Ogos 2024 pula, Ketua Menteri Sabah memaklumkan bahawa Majlis Tenaga Sabah (MTS) telah meluluskan beberapa projek pembangunan bekalan elektrik dengan jumlah kapasiti 700 Megawatt (MW), yang akan dapat meningkatkan bekalan elektrik di Sabah.

Ini termasuklah projek hidroelektrik dan janakuasa gas asli.

Seterusnya, dalam tempoh masa 3 bulan yang lepas, pelaksanaan 3 projek bekalan elektrik di Sabah telah di umumkan:

  • September 2024: projek Sistem Simpanan Tenaga Bateri/ Battery Energy Storage System (BESS) (kapasiti 100 MW) di Lahad Datu, bernilai RM 645 juta, di anugerahkan kepada MSR Green Energy
  • Oktober 2024: projek Hidroelektrik Ulu Padas (kapasiti 187.5 MW) bernilai RM 3.048 billion, di anugerahkan kepada Gamuda Berhad
  • November 2024: projek Kimanis Power Dua (kapasiti 100 MW), bernilai RM 700 juta, di usahakan bersama Yayasan Sabah dan PETRONAS Gas

Malangnya, beberapa dakwaan telah di timbulkan berkenaan pelaksanaan projek BESS. Antara persoalan dan dakwaan tersebut adalah: ketelusan pelantikan syarikat kontraktor yang terpilih, kelayakan teknikal dan keupayaan kewangan syarikat kontraktor serta kos projek yang tinggi.

Di dalam isu bekalan elektrik di Sabah, kepentingan dua pemegang taruh mestilah di utamakan, iaitu rakyat Sabah dan Sabah Electricity. Justeru itu, agenda penyelesaian yang di laksanakan mestilah berpandukan kepada beberapa asas utama.

Pertama, projek bekalan elektrik yang menawarkan ‘value-for-money’ dengan kos pelaksanaan yang munasabah,dan di laksanakan dalam tempoh masa yang singkat agar dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat Sabah segera.

Kedua, tidak menjejaskan lagi kedudukan kewangan Sabah Electricity yang sudah goyah serta model perniagaan yang tidak mampan. Ini berpunca dari kadar tarif elektrik yang merugikan, di mana kadar tarif yang di kenakan oleh Penjana Tenaga Bebas (IPP) kepada Sabah Electricity (43.8 sen per kWh) melebihi kadar tarif yang di kenakan oleh Sabah Electricity kepada pengguna (34.5 sen per kWh).

Sebagai organisasi tunggal bertanggungjawab menguruskan bekalan elektrik kepada pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah Electricity mestilah memiliki kedudukan kewangan yang kukuh serta model perniagaan yang menguntungkan dan mampan, agar dapat menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Menurut maklumat industri, pada akhir tahun 2023, satu konsortium multi-nasional telah mengemukakan cadangan projek bekalan elektrik kepada Kerajaan Sabah.

Konsortium ini merangkumi organisasi-organisasi terkemuka yang memiliki kepakaran serta pengalaman luas membina dan mengurus operasi infrastruktur bekalan elektrik di negara-negara Asia Tenggara.

Secara keseluruhan, cadangan konsortium berkenaan melibatkan pembinaan 5 infrastruktur Solar Berskala Besar/ Large Scale Solar (LSS), dengan jumlah kapasiti 500 Megawatt (MW), dan melibatkan anggaran kos pembinaan RM 3.2 billion.

Infrastruktur LSS berkenaan akan di bina secara berfasa di beberapa lokasi di Pantai Timur Sabah, dan di jangka dapat melonjakkan penjanaan elektrik di Pantai Timur Sabah dengan ketara. Apabila beroperasi sepenuhnya, keseluruhan LSS berkenaan dapat memenuhi, malah melebihi, keperluan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah.

Cadangan berkenaan tertumpu kepada kawasan Pantai Timur Sabah memandangkan kawasan ini menghadapi isu bekalan elektrik yang sangat kritikal. Pada tahun 2023, kawasan Pantai Timur Sabah di laporkan telah merekodkan margin rizab elektrik negatif (-30%), iaitu tiada rizab/ back-up sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan di loji penjanaan elektrik.

Di samping itu, cadangan berkenaan turut merangkumi Sistem Simpanan Tenaga/ Energy Storage System (ESS), iaitu sistem bateri bersepadu dengan kepadatan tenaga yang tinggi, pantas dan efisyen. Teknologi pintar ESS dapat mengekalkan aliran bekalan elektrik secara konsisten dan stabil, seterusnya mengurangkan turun-naik voltan/ voltage fluctuations serta meningkatkan kestabilan grid elektrik di Sabah.

Apabila beroperasi, ESS akan berfungsi sebagai ‘bank simpanan’ tenaga kepada Sabah Electricity.

Menurut laporan BMI, iaitu sebuah syarikat peneraju perkhidmatan maklumat kewangan global di bawah Fitch Group, kos teknologi Battery Energy Storage System (BESS) telah menurun dengan signifikan sejak tahun 2010, dan sekarang lebih rendah berbanding teknologi Pumped-Hydro Storage dan Compressed Air Energy Storage (CAES).

Oleh itu, BESS di jangka akan menjadi pilihan utama untuk penyimpanan tenaga.

Di bawah Fasa 1, cadangan berkenaan membabitkan pembinaan LSS di Lahad Datu, dengan kapasiti 100 Megawatt (MW), dan keupayaan kapasiti simpanan tenaga sebanyak 50MW/ 200MWh.

Sekiranya di beri kelulusan segera, infrastruktur LSS Lahad Datu ini di jangka boleh mula beroperasi pada pertengahan tahun 2026.

Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040)telah mengariskan beberapa sasaran utama untuk Sabah. Ini termasuklah:

  • mencapai kadar SAIDI di bawah 100 minit menjelang tahun 2030
  • mencapai kadar tarif elektrik yang mampan menjelang tahun 2030
  • memiliki lebih 30% Tenaga Boleh Diperbaharui/ Renewable Energy menjelang tahun 2035

Justeru itu, cadangan pembinaan 5 infrastruktur LSS di Pantai Timur Sabah berkenaan dapat merealisasikan sasaran Kerajaan Sabah di bawah SE-RAMP 2040, dan memberi kesejahteraan kepada rakyat Sabah.

Pertama, cadangan kadar tarif elektrik yang di kenakan oleh LSS Lahad Datu kepada Sabah Electricity adalah kurang daripada 30 sen per kWh, iaitu lebih murah dari purata kadar tarif elektrik yang di kenakan oleh Penjana Tenaga Bebas (IPP) kepada Sabah Electricity (43.8 sen per kWh) ketika ini.

Malah, cadangan kadar tarif elektrik tersebut boleh menguntungkan Sabah Electricity, memandangkan purata kadar tarif yang di kenakan oleh Sabah Electricity kepada pengguna adalah 34.5 sen per kWh.

Tambahan lagi, cadangan kadar tarif elektrik tersebut adalah lebih murah berbanding dengan kadar tarif elektrik yang di khabar di kenakan oleh Hidroelektrik Ulu Padas kepada Sabah Electricity (40 sen per kWh).

Ini bermakna LSS menawarkan bekalan elektrik yang lebih murah berbanding dengan hidroelektrik.

Ini sudah pasti dapat memperkukuhkan kedudukan kewangan Sabah Electricity, serta model perniagaan yang lebih mampan. Tambahan lagi, ianya tidak akan menambah bebanan subsidi elektrik yang di berikan oleh Kerajaan Malaysia kepada Sabah Electricity, berjumlah hampir RM 900 juta setahun.

Kedua, dengan teknologi ESS yang di cadangkan, bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah akan menjadi lebih konsisten dan stabil, serta dapat mengurangkan kekerapan gangguan bekalan elektrik.

Ketika ini, gangguan bekalan elektrik yang kerap-kali berlaku telah menyebabkan Sabah merekodkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem/ System Average Interruption Duration Index (SAIDI) yang tinggi, iaitu 274 minit setahun. Sebagai perbandingan, SAIDI di Semenanjung Malaysia (46.1 minit) dan di Sarawak (77.9 minit).

SAIDI mengukur purata tempoh gangguan bekalan elektrik yang di alami oleh pengguna dalam masa setahun.

Ketiga, tempoh masa pelaksanaan LSS adalah lebih singkat. Sebagai perbandingan, LSS Lahad Datu boleh mula beroperasi dalam tempoh masa 18 bulan sahaja, pada pertengahan tahun 2026. Sebaliknya, pelaksanaan Hidroelektrik Ulu Padas yang di umumkan baru-baru ini akan mengambil masa 6 tahun, dan mula beroperasi menjelang Disember 2030.

Faktor masa ini penting bagi memberi kesejahteraan segera kepada penduduk Sabah yang telah lama mengharungi isu bekalan elektrik ini. Penyelesaian segera isu bekalan elektrik juga akan dapat mendokong usaha kerajaan menarik pelaburan ke Sabah dan merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Pada masa sekarang, antara penyelesaian interim isu bekalan elektrik yang di laksanakan oleh Sabah Electricity ialah penggunaan generator elektrik berasaskan diesel. Ini bukan sahaja tidak mesra alam semulajadi dan bertentangan dengan hasrat Kerajaan Sabah untuk mencapai sasaran sebagai wilayah low-carbon, bahkan ianya melibatkan kos yang sangat mahal.

Di khabarkan, dengan menggunakan generator elektrik diesel tersebut, kos penjanaan elektrik yang di tanggung oleh Sabah Electricity adalah RM 1.50 per kWh, hampir 340% lebih mahal berbanding purata kadar tarif elektrik yang di kenakan oleh Sabah Electricity kepada pengguna (34.5 sen per kWh). Ini melibatkan kerugian RM 1.155 per kWh.

Menurut maklumat industri, walaupun melibatkan kos yang sangat tinggi, tetapi oleh kerana keperluan mendesak, Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) telah melanjutkan penggunaan generator elektrik diesel selama 2 tahun, sehingga 31 Disember 2026.

Pelanjutan ini di anggar melibatkan perbelanjaan besar sebanyak RM 1.1 billion. Akhirnya, kerajaan juga yang terpaksa menanggung perbelanjaan besar ini menerusi subsidi elektrik. Ini jelas tidak mampan dan tidak boleh berpanjangan.

Mujurlah, di khabarkan bahawa Kerajaan Sabah telah membatalkan lanjutan penggunaan generator elektrik diesel oleh Sabah Electricity setelah kos yang terlampau tinggi itu di tonjolkan kepada Kerajaan Sabah.

Justeru itu, pembatalan lanjutan ini telah menimbulkan keperluan mendesak untuk menggantikan bekalan elektrik yang di hasilkan oleh generator elektrik diesel apabila penggunaan-nya berakhir dalam masa terdekat.

Sudah pasti ini mengkehendaki satu penyelesaian segera yang boleh di laksanakan dalam tempoh masa yang singkat, agar tidak memburukkan lagi gangguan bekalan elektrik.

Penyelesaian ini boleh tercapai dengan pembinaan segera infrastruktur LSS di Lahad Datu. Apabila mula beroperasi pada pertengahan tahun 2026, cadangan pembinaan LSS Fasa 1 di Lahad Datu di jangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada generator elektrik diesel interim tersebut sehingga 50%.

Ini adalah jumlah pengurangan yang sangat besar dalam tempoh masa yang singkat, dan seterusnya menjimatkan perbelanjaan Sabah Electricity.

Selain itu, menurut maklumat industri, Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) turut melanjutkan operasi dua loji penjanaan elektrik milik Penjana Tenaga Bebas (IPP) sehingga 2027. Kedua-dua loji penjanaan elektrik berkenaan sudah lama beroperasi dan ‘uzur’. Oleh kerana itu, kos operasi adalah tinggi dan hanya mempunyai kecekapan penjanaan elektrik sekitar 30% sahaja.

Akibatnya, kos penjanaan elektrik menjadi sangat mahal, di anggarkan 80 sen per kWh. Sekali lagi, Sabah Electricity terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar kepada kedua-dua IPP terbabit.

Maka, secara keseluruhan, Larga Scale Solar (LSS) jelas menawarkan ‘value-for-money’ untuk menyelesaikan isu bekalan elektrik di Sabah dengan kos yang kompetitif, tempoh masa yang singkat dan kadar tarif elektrik yang rendah.

Ini adalah penyelesaian win-win kepada semua pihak berkepentingan. Penjana Tenaga Bebas (IPP) dapat menjana keuntungan, Sabah Electricity dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna serta kerajaan dapat meringankan beban subsidi elektrik. Dan rakyat Sabah dapat menikmati bekalan elektrik yang menyeluruh dan mencukupi.

The saga continues. But hopefully with a long-lasting happy ending for the rakyat of Sabah soon.

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular