HomeUtamaKerajaan Sabah Cadang Projek Pan Borneo Dilaksanakan Menerusi PFI

Kerajaan Sabah Cadang Projek Pan Borneo Dilaksanakan Menerusi PFI

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah mencadangkan agar pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, cadangan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam lawatannya ke Sabah semalam.

“Saya telah mencadangkan dan menyuarakan kepada Perdana Menteri semalam agar projek ini dilaksanakan secara PFI dan beliau memberi jaminan akan membawa perkara tersebut ke Kabinet Persekutuan untuk diputuskan.

“Projek Pan Borneo ini ada 22 pakej yang melibatkan fasa satu saja dimana ketika ini hanya beberapa pakej dapat dilaksanakan dalam setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Pusat dengan JKR Sabah bagi pelaksanaan Program Integrasi Data Sistem SKALA-PALMS bertempat di Dewan Kinabalu Ibu Pejabat JKR Sabah Sembulan disini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, jika projek itu dilaksanakan hanya satu atau dua pakej dalam setahun sudah pasti sehingga 2050 projek berkenaan tidak mampu disiapkan.

Katanya, tahun ini sebanyak empat pakej baharu projek Pan Borneo Sabah diluluskan manakala sebanyak 11 lagi pakej sedang dilaksanakan.

“Kerja pembinaan semua pakej terbabit setakat ini sudah mencapai lebih 60 peratus dan dijangka siap pada 2023 jika berjalan lancar.

“Secara keseluruhan, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengandungi 37 pakej yang dilaksanakan dalam dua fasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pembangunan infrastruktur asas, utiliti perlu perhatian khusus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular