Pada hari ini, genap sebulan Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah di gantung oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang. Pengumuman Pendaftar Pertubuhan Peladang tersebut, yang berkuat-kuasa pada 1 November 2024, telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.
Tempoh masa penggantungan berkenaan akan di tetapkan kemudian selepas penyiasatan serta penambah-baikkan pengurusan NAFAS.
Sepanjang tempoh penggantungan tersebut, Jemaah Pengarah dan Pengurusan NAFAS sediada tidak lagi mempunyai kuasa. Sejurus itu, Pendaftar Pertubuhan Peladang telah melantik Majlis Penasihat dan Pentadbir NAFAS, untuk menasihati serta menguruskan NAFAS agar operasi harian NAFAS masih dapat berterusan tanpa gangguan.
Keputusan penggantungan ini di umumkan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pada penghujung bulan Oktober 2024, bahawa siasatan telah di mulakan berhubung penyelewengan dan ketirisan projek pembekalan baja padi negara.
Tindakan tegas ini membuktikan Kerajaan Malaysia nekad untuk memperbetulkan segala kepincangan pengurusan dan tatakelola yang telah di suarakan berkaitan NAFAS. Untuk sekian lama, ramai pihak berkepentingan telah menonjolkan kegagalan NAFAS melaksanakan tanggungjawab secara cekap dan telus.
Memandangkan NAFAS adalah badan induk kepada seluruh persatuan peladang negara, kegagalan NAFAS sudah pasti akan merencatkan agenda pembangunan sektor pertanian negara serta agenda keterjaminan makanan negara.
Justeru itu, reformasi NAFAS adalah sangat kritikal dan bertepatan. Business as usual is no longer acceptable.
Lebih-lebih lagi, sejak tahun 1998, NAFAS telah di lantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menguruskan pembekalan dan pengedaran baja subsidi kepada petani padi di seluruh negara, di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP).
Di samping itu juga, pada tahun 2020, NAFAS turut di lantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai ejen tunggal untuk mengedarkan benih padi kepada petani di seluruh negara.
Fakta menarik: NAFAS yang di lancarkan pada tahun 1972, berfungsi sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang di seluruh negara. Menurut maklumat laman sesawang NAFAS, NAFAS merangkumi sebanyak 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), dengan lebih 900,000 ahli peladang di seluruh negara.
Idea penubuhan NAFAS tercetus hasil lawatan Tun Abdul Razak ke Taiwan.
Sebagai badan induk kepada persatuan peladang, NAFAS telah menceburi pelbagai bidang perniagaan berkaitan pertanian, antaranya: peruncitan, pemasaran baja, pemasaran jentera pertanian, feedmill haiwan ternakan, pemprosesan makanan.
Malangnya, ini bukanlah penggantungan perlembagaan NAFAS yang pertama. Menurut laporan media, tindakan sama pernah di ambil oleh Kerajaan Malaysia pada 1 Jun 2018, apabila perlembagaan NAFAS di gantung kerana isu tadbir-urus yang serius.
Tindakan tersebut di ambil susulan laporan audit terhadap pengurusan NAFAS.
Ini membuktikan kegagalan NAFAS bukanlah perkara baru, dan masih berlaku tanpa penyelesaian yang mampan.
Malah, pada bulan Jun 2019, akhbar Berita Harian telah melaporkan secara eksklusif mengenai ketirisan skim subsidi baja negara, yang melibatkan kerugian besar jutaan Ringgit kepada negara setiap tahun.
Antara lain, punca ketirisan yang di kenal-pasti adalah:
- rasuah
- aktiviti menyorok dan penjualan baja
- tiada data semakan petani yang tepat
- campur tangan ahli politik
Sumber: Berita Harian @ 24 Jun 2019
Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara 2022 (LKAN 2022), yang di terbitkan pada November 2023, telah melaporkan isu kelewatan pengedaran baja kepada petani padi. Menurut LKAN 2022, kelewatan pengagihan baja kepada petani melibatkan tempoh masa sehingga 135 hari.
Kelewatan pengagihan baja adalah perkara serius memandangkan pembajaan mesti di laksanakan mengikut jadual penanaman padi yang telah di tetapkan. Sekiranya padi lambat menerima baja yang membekalkan nutrien, tumbesaran padi akan terbantut, dan hasil tanaman tidak akan optimal.
Akhirnya, petani juga yang menanggung kerugian dengan pendapatan rendah.
Di sebabkan kelewatan berkenaan, pembekal baja telah di kenakan denda mengikut peruntukkan di dalam kontrak. Menurut LKAN 2022, dalam tempoh masa 3 tahun (2016 – 2018), denda yang di kenakan kepada pembekal baja berjumlah RM 195.44 juta. Jumlah denda yang besar ini membuktikan kelewatan pengagihan baja kerap berlaku, melibatkan jumlah petani dan baja yang besar.
Manakala, untuk tempoh masa 3 tahun (2020 – 2022), jumlah denda pula melebihi RM 150 juta.
Namun begitu, LKAN 2022 melaporkan bahawa, pada tahun 2021, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPKM) telah memutuskan untuk mengecualikan sepenuhnya denda yang di kenakan kepada pembekal baja untuk tempoh masa 2016 – 2019 berjumlah RM 211.27 juta: RM 195.44 juta (2016 – 2018) dan RM 15.84 juta (2019).
Pengecualian denda ini adalah satu perkara yang membingungkan, sehinggakan LKAN 2022 telah menyatakan bahawa pengecualian 100% denda tersebut adalah tidak wajar.
Akibatnya, kerajaan rugi kerana skim subsidi baja tidak mencapai matlamat yang di impikan. Kerajaan juga rugi kerana tidak dapat mengutip denda ratusan juta Ringgit yang di kenakan kepada pembekal. Petani rugi kerana tidak mendapat hasil tanaman dan pendapatan yang lebih tinggi. Dan negara rugi kerana Kadar Sara Diri / Self Sufficiency Level (SSL) Beras kekal rendah.
Nampaknya semua pihak mengalami kerugian, kecuali pembekal baja. Ini menimbulkan persepsi bahawa pembekal baja telah ‘terlepas’ hukuman, dan kepentingan pembekal baja lebih di utamakan berbanding kepentingan petani.
Maka, reformasi NAFAS mestilah menyeluruh agar ianya dapat berfungsi secara cekap, telus dan mampan. Malah, agenda keterjaminan makanan negara menuntut reformasi seluruh agensi yang terlibat di semua peringkat, dengan mandat dan struktur yang menepati situasi masakini.
Sektor pertanian negara sudah berada di takuk yang sama untuk tempoh masa yang sangat lama. Sebagai contoh. Kadar Sara Diri Beras negara telah merekodkan trend menurun: 72.3% (2015), 70.3% (2016), 70% (2017), 69% (2018), 65% (2021), 62.6% (2022), 56.2% (2023).
Justeru itu, reformasi secara piecemeal sudah pasti tidak dapat melonjakkan sektor pertanian negara, dan meningkatkan keterjaminan makan negara.
NAFAS mesti dapat bernafas secara ‘sihat’ tanpa gangguan..