HomeUtamaKarnival Bola Sepak United Malaysia 2024 eratkan persahabatan

Karnival Bola Sepak United Malaysia 2024 eratkan persahabatan

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Sepuluh pasukan dari seluruh Malaysia beraksi penuh semangat di Karnival Bola Sepak United Malaysia 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula 30 November hingga 1 Disember 2024 bertempat di Stadium Penampang.

Batholomew menendang bola sebagai simbolik memulakan perlawanan di Kejohanan Karnival Bola Sepak United Malaysia di Stadium Penampang pada Sabtu.

Dianjurkan oleh United Malaysia, kelab penyokong rasmi Manchester United di negara ini, acara itu menghimpunkan peminat dari Sabah, Sarawak, dan Kuala Lumpur dalam mempamerkan kemahiran, kemesraan dan persaingan yang penuh semangat sekaligus mengeratkan persahabatan dikalangan mereka.

Karnival itu menyaksikan enam pasukan dari Sabah iaitu SRD Mancunian, SRD Newton Heath, Akuma FT, Lembaga Pelancongan Sabah, BMU FC dan Kapazan Red Devils; dua dari Sarawak (BDR FC dan Saif FC); dan dua dari Kuala Lumpur (Old Trafford KL dan KLMRD) bersaing dalam satu siri perlawanan yang sangat menyeronokkan.

Walaupun suasananya seronok dan mesra, namun jelas semangat berdaya saing masih membara dan kuat.

Penonton menyaksikan beberapa siri terjahan terbang tinggi, gerak kaki yang mempesonakan, dan detik-detik permainan yang sengit antara pemain sama seperti rasa minat dan cinta mereka untuk pasukan kesayangan mereka Manchester United.

Perlawanan akhir menyaksikan Old Trafford KL menentang Akuma FT yang mana pasukan dari seberang itu menang 5-0.

Pengerusi penganjur Daniel Roman melahirkan rasa bangganya menjadi tuan rumah acara itu di Sabah.

“Kami berbesar hati untuk menganjurkan pertandingan ini di Sabah, membawa semua rakan kami dari Sarawak dan Kuala Lumpur selain negeri Sabah untuk bertanding dalam kejohanan ini.

“Ia merupakan satu pengalaman yang hebat, dan kami berterima kasih kepada semua yang hadir bersama-sama untuk menjayakan acara ini,” katanya.

Dua kejohanan yang lalu telah diadakan di Kuching, Sarawak.

Sementara itu, Presiden United Malaysia Batholomew Jingulam berkata mengenai objektif karnival kejohanan itu diadakan selain meraikan kejayaan Manchester United tetapi juga mengekalkan persahabatan dikalangan kelab peminat.

“Di United Malaysia, kami percaya untuk menyatukan peminat bukan sahaja untuk meraikan kejayaan Manchester United, tetapi untuk membina persahabatan yang berkekalan.

“Kejohanan ini adalah mengenai memupuk komuniti, mewujudkan hubungan baharu dan mengukuhkan ikatan yang kami kongsi sebagai penyokong.

“Kami berharap acara seperti ini memberi inspirasi kepada peminat untuk terus bermain permainan yang mereka suka, dan sentiasa ingat bahawa bola sepak menyatukan kita semua, tidak kira dari mana kita berasal,” katanya.

Tambah Batholomew, ketika wisel penamat dibunyikan dan para pemenang dinobatkan, kejohanan itu meninggalkan lebih daripada sekadar siri markah dan sorotan.

“Ia mengingatkan semua orang bahawa, pada dasarnya, bola sepak adalah lebih daripada persaingan; ia mengenai persahabatan, perpaduan dan keseronokan bermain permainan itu,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular