HomeUtamaSabah komited bangunkan modal insan, sahsiah umat Islam dan mualaf

Sabah komited bangunkan modal insan, sahsiah umat Islam dan mualaf

Read Time:2 Minute, 3 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah terus komited dalam usaha membangunkan modal insan dan sahsiah yang melibatkan masyarakat Islam termasuk golongan mualaf di Negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, agensi-agensi terlibat di negeri ini juga sentiasa berusaha menyediakan pelbagai program dan platform untuk umat Islam meningkatkan nilai kefahaman terhadap agama Islam.

Katanya, ia termasuklah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS); Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bersama rakan strategik lain terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

“Bukti keprihatinan kerajaan terhadap perkara ini adalah sepertimana yang kita maklumi baru-baru ini Menteri Kewangan telah mengumumkan sebanyak RM 140.3 Juta kepada JHEAINS bagi tahun depan untuk operasi dan pembangunan program-program yang bakal memberikan impak yang lebih baik terhadap masyarakat Islam di Sabah.

“Selain itu, saya juga yakin dan optimis bahawa melalui Pusat Zakat Sabah (PZS) MUIS, sejumlah peruntukan juga diberikan bagi pembangunan umat Islam termasuk golongan Mualaf di negeri Sabah.

“Inilah keprihatian kita terhadap golongan Mualaf dan asnaf-asnaf lain serta seluruh umat Islam di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Kejayaan Kontinjen Sabah sempena Mahrajan Amal Islami Mualaf peringkat Kebangsaan 2024 di Wisma MUIS di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, sehingga kini sebanyak 74 buah Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) telah dibuka bagi golongan mualaf di Sabah melibatkan 28 daerah.

Beliau yakin pewujudan kelas-kelas itu adalah bertujuan memberi bimbingan kefahaman terhadap agama Islam bagi golongan saudara-saudara baharu.

“Difahamkan juga JHEAINS sedang dalam usaha menaiktaraf fasiliti kelas-kelas ini termasuk pemurnian semula silibus pembelajaran di kelas-kelas ini meliputi aspek akidah, syariah atau ibadah, akhlak, sirah nabawiyah dan al quran al karim.

“Usaha ini tidak lain adalah untuk memastikan saudara-saudara kita dapat mendalami Islam dengan lebih syumul dan akan menjadi pemangkin baharu kepada saudara- saudara dan rakan-rakan yang lain untuk dijinakkan hati mendekati Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin menyeru pada saudara baharu agar mengambil kesempatan mengikuti kelas- kelas bimbingan disediakan dan mewar-warkan kepada rakan-rakan lain agar bersama memperdalami Islam melalui kelas-kelas berkenaan.

“Kepada para peserta yang terlibat mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan ini, saya mewakili Kerajaan Negeri Sabah mengucapkan setinggi syabas dan tahniah.

“Insya Allah di masa hadapan ,kejayaan ini akan dapat kita pertahan dan pertingkatkan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular